Hai. Kembali lagi bersama aku, si pencerita kisah seram yang macho. Okay, diam.
Kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku di kampung lagi. Relax, kali ni cerita ni lagi seram dari segi mental, bukan fizikal. Bagi aku lah. Engkorang aku taktahu la. Hoho.
Benda ni jadi waktu senja. Orang kata, tak elok mandi tengah-tengah senja, betul tak?
Tapi benda tak elok tu la aku selalu buat. Mwahahhaha. K diam.
Aku kecil lagi masa tu. Lingkungan umur yang sama macam kisah sebelum ni.
Waktu tu aku dalam jamban. (Jamban means tempat mandi jugak ah. Kan kampung, so tandas dengan bilik air masa tu tak moden lagi. Alahhhhh). Okay lepastu aku sorang je kat dalam rumah, yang lain semua kat luar tengah melepak dekat beranda belakang rumah.
Aku boleh dengar la diorang bergelak ketawa kat luar tu. Thats why la masa tu tak rasa seram mana pun. Kalau ada benda jadi pun, boleh je jerit cam malaun. Diorang mesti dengar punya kan.
So tengah elok nak start mandi. Tiba tiba aku terpandang ke arah luar. Masa tu jamban kat rumah tu atap dia ada lubang besar, tak dibetulkan lagi. Tapi kalau orang nak ngendap memang boleh nampak jelas beb. Free show kateko.
Tapi disebabkan aku masih budak lagi waktu tu, tak fikir apa pun. Mandi je.
Tengah syok melayan perasaan tengok pokok kelapa yang tinggi menggalah kat luar sana tu. Tiba tiba aku ternampak sesuatu terbang. Dia mendarat atas pokok kelapa tinggi tu. Serious pokok tu memang tinggi pun. Dah macam mercu tanda kl ni. Serious. (Ulang lagi).
Masa tu aku macam pelik lah. Benda apa tu? Apsal besar semacam je.
Aku perhati je. Sekali bila dia dah betul betul landing baeeekk punya atas pokok tu. Baru aku nampak dengan jelas.
Sumpah. Aku taktahu la kalau korang nak percaya ke tak. Tapi memang sumpah. Aku nampak ni real. Real bebbb.
Makhluk tu hitam seluruh body dia. Dia ada sayap macam dalam cerita supernatural tu. Ala Sam dengan Dean? Yang setan sayap hitam selalu muncul. Haa rupa gitu sayap dia. Kalau tak pernah tengok cerita tu, sila ke saluran astro 701 @ 702. Krik krik.
Okay, lepas tu. Dia ada ekor. Ekor dia panjanggggg, lepastu kat hujung ekor dia ada macam bentuk tiga segi. Dan dia ada dua tanduk kat kepala. Ye aku tau. Macam bentuk fizikal syaitan nirojim. Sumpah aku nampak dengan mata kepala aku sendiri weh!
Dia hitam je. Besar gila. Lagi besar dari pokok kelapa tu punya pelepah yang banyak kat atas pokok tu. Dan dia ada takda rupa. Serious. Gelap je. Macam body tanpa pancaindera. Cuma fizikal je ada.
Terkejut nak mampos aku. Aku terus lari keluar dari bilik air tu. (Masa tu baju seluar tak cabut lagi. Lek). Pergi dapat mak aku semua. Aku terus cerita kat diorang. Diorang terkejut. Tak percaya. Lepastu aku tunjuk kat arah pokok kepala besar tu.
Bila diorang pandang je. Terus takda apa apa atas tu. Terkejut aku weh. Sumpah aku nampak kot atas benda tu. Mak aku geleng kepala je. Last sekali, mak aku suruh semua masuk dalam rumah. Takut.
Tapi cerita tu tak habis kat sini je. Aku rasa dia follow aku kot? What the fish.
Sebab malam tu aku kena kacau.
Waktu malam. Kitorang tak tidur dalam bilik masa tu. Semua tidur dekat ruang tamu. Aku tidur paling hujung sekali sebelah mak. Manja kateko. Tidur bawah tiak.
Aku taktahu apa masalah aku malam tu. Aku tak dapat lelapkan mata. Punya la jenuh nak tutup mata. Tapi payah.
Aku berkalih ke tepi kiri. Aku baring mengiring la kiranya. Tiba tiba, PANG!!
Bunyi tu dari atas bumbung rumah.
Atap rumah tu dah la zink weh. Bila dah bunyi macam tu, memang kuat la kan.Tapi yang peliknya. Aku sorang je dengar masa tu. Aku tengok orang lain semua tengah terbongkang lena.
Pang! Pang! Pang! Kuat gila bunyi. Macam gergasi jalan atas rumah.
Aku taktahu benda apa atas rumah tu. Tapi aku cuak gila masa tu. Berpeluh satu badan aku. Last last aku pusing ke arah mak aku. Aku peluk je dia. Dengan tangan menggeletar bagai.
Yang peliknya, mak aku just usap kepala aku sambil cakap. Takda apa tu, sekejap je tu. Orang baling batu je. Dah tidur tidur. Aku terdiam. Orang baling batu? Tebiat apa baling batu kat rumah orang tengah malam?!
Jadi, disebabkan terlalu takut. Aku pun terlelap masa tu. Sampai la esok pagi. Keadaan jadi seperti biasa.
Cuma aku tertanya-tanya. Benda apa aku nampak senja semalam? Dan bunyi malam tadi tu datang dari mana?
Persoalan tu sampai sekarang takda jawapan.
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...