HNY

3.5K 275 20
                                    

Happy new year aku ucapkan kat ampa semua. Sempena tahun baru ni, aku nak habaq satu cerita. Tepat jam menginjak ke angka 1 kejadian berlaku. Kira dah tahun baru la en?

Okay.

Begini. Aku baru berpindah ke rumah baru, teres dua tingkat ah. Jadi barang-perabot-baju semua masih tah berkemas lagi kat tingkat atas.

Disebabkan tandas dekat bawah pipe air dia macam ada tapi takda, jadi aku decide nak berak kat atas je. Pipe cantik, air pun cun laju.

Jadi aku ajak kakak untuk teman berak kat atas. Kaki dah melangkah kat satu anak tangga ni, tapi minah tu masih tak bergerak gerak lagi aku tengok. Lalu aku pun laung dari tangga, panggil dia. Hah kau baru paham bahasa. Nampak tak orang dah desperate nak berak? Boleh paham tak perasaan tu? Orang ajak teman tu, cepat la bodoh. Taik nak terkeluar.

Aku nampak dia dah bergerak tu, jadi aku terus pecut ke atas. Tak fikir apa dah. Terus masuk toilet.

Sedang aku melepaskan segala hajat yang dah lama terpendam dalam diri ini, aku main air jap. Pfft.

Orang kata jangan seronok sangat kan? Nanti benda buruk jadi. Hahh kau ayat tu memang tepat kena kat muka aku. Macam kena baling selipar kat muka ibaratnya.

Tengah aku main air, tetiba pap!

Lampu dalam toilet tu tertutup.

Ah sudah... Dalam kepala dah start fikir benda tak best.

Aku jerit nama kakak aku, minah tu tak menyahut pulak.
Aduh.

Laju aku basuh cuci tangan segala, and terus keluar dari toilet. Oh k, blackout satu rumah.

Elok je aku baru nak turun tangga, aku dengar suara kakak aku panggil dalam bilik utama tingkat atas nun. Dah la gelap wei, phone kat bawah pulak tu. Hanya ada cahaya dari bulan je, itu pun ikut celah tingkap.

Aku pi ah bilik utama tu, tengok kakak aku ada kat situ. Cam tengah cari sesuatu.

"Kau cari apa gila? Jom ah turun. Gelap taikk!" Ajak aku. Lalu terus turun ke bawah.

Bila dah sampai bawah, lampu menyala satu rumah. Dah terang balik.

Aik.

Benda pertama aku nampak depan mata is kakak aku yang aku ajak teman pi berak tadi. Dia dekat box suis utama semua. Tengah betulkan suis.

Aku masa tu cam krik krik. Jadi patung kat situ. Takboleh nak fikir apa yang baru jadi.

Lepas tu aku terus basuh kaki dan tidur.

Esoknya baru aku tanya kakak aku, semalam dia tunggu aku ke kat atas masa blackout?

Dia kata tak, dia turun dulu masa aku dalam toilet lagi. Nak tengok korea katanya.

K celaka.

Patut ke aku cakap dengan mak aku suruh pindah tempat lain?

[REALITI] SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang