Teet! Teet! Teet!
Aku capai jam loceng di atas meja tu, lalu..
Pranggg!!
Bersepai terus jam tu bila kena dinding. Aku sambung tidur semula.
"Haih, dah la jenis susah nak tidur, boleh pulak alarm ni memekak? Bukan aku dah jahanamkan ke semua jam haritu? Haishh." Bebel Jimbo sambil baring. Tak lama lepas tu dia lelap kembali.
Selepas beberapa jam kemudian..
Jimbo bangun dari tidurnya. Dia menggosok matanya perlahan. Jam dinding dilihat sekilas. Uih, dah tengah hari?! Lantas dia bangun, terus capai towel yang tersangkut di almari. Hari ni dia ada date dengan awek dia. Pukul 1 karang. Sekarang dah pukul 12:30PM, habis la kena bebel sat lagi. Zz.
Seusai mandi, dia sarung kemeja dark blue dengan jeans hitam dia. Rambut yg serabai disikat rapi. Tidak terlalu skema, dan tidak terlalu kemas. Biasa je. Cermin ditenung sekejap. Okay, handsome. Perfume dispray di badan bagi mengekalkan bau macho lelaki. Dan juga bagi awek dia tak lari disebabkan bau busuk ketiak jantan.
Wallet dan iPhone dicapai dan dimasukkan kedalam pocket. Kunci kereta juga dicapai. Lalu dia terus keluar dari bilik. Saat dia keluar dari bilik tu, dia rasa lain macam.
Rasa...sunyi.
Eh? Aku mimpi lagi ke apa ni? Bisik hati Jimbo.
Pintu bilik Hairul, housemates dia dibuka. Kosong. Katil pun kemas. Seolah macam takda orang duduk pun dalam bilik tu. Almari pakai milik temannya itu turut dibuka, kosong.
Wait, what the hell is happening here??!
Jimbo dah cuak. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari bilik tu dan turun ke bawah. Pintu rumah dibuka kasar, terus dia sarung kasut dan memerhati sekitar kawasan taman perumahan miliknya.
What the...fuck.
Jimbo seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang, seolah-olah dia masih bermimpi. Dia cubit lengannya, sakit. Ni bukan mimpi. Bukan.
Dihadapannya sekarang tiada manusia langsung. Even setiap rumah pun seakan tiada sesiapa duduk. Kosong. Semuanya kosong. Yang tinggal hanya dia sorang je dekat kawasan perumahan tu.
"What the fuck! Apa jadi ni?!" Laung Jimbo kuat.
Sumpah dia confuse. Kalau ada sesiapa nak bergurau dengan dia sekarang, sumpah tak lawak do. Hairul komplot dengan satu taman ke apa nak boikot aku? Soalnya bodoh dalam hati.
Seakan baru tersedar, dia meraba phone dalam pocket seluar. Kenapa aku tak terpikir dari tadi! Kan boleh call je sena—
HUH?!
Phone aku... Line takde? Maxis ni nak bergurau ke...? Dia jalan, cuba mencari line disegenap kawasan.
"Haish mana line ni!?" Rungut Jimbo geram.
Tiba-tiba dia dapat signal network. Itu pun satu bar je. So tanpa menunggu sesaat, terus dia pergi ke list contact. Cuba call Hairul.
"The number you have dialed, is not available. Please try again later."
Jimbo kaku saat dengar suara operator tu bercakap. Not available? Apakah? Hairul tukar nombor?! The fuck tak bagitahu!
Dia tak putus asa. Dia cuba pulak call Diana. Awek dia.
"Trut tut.. Tut..!"
Dia lega, panggilan dia berbunyi. Tunggu orang nak jawab je.
Panggilannya dijawab. Dia terkejut lantas terus bercakap.
"H–hello? Sayang? Where were you? Are you okay?" Soalan Jimbo ibarat machine gun.
"Huh..grrr huhh huh.."
Jimbo terkejut. Desahan nafas yang jelas bukan suara awek dia tu membuatkan jantung dia berdegup kencang. Tapi phone masih terlekap ditelinganya.
"S—sayang?"
"Huffr hhuhh grrr huhh hhh.. Tup!"
Panggilan mati. Jimbo terduduk di atas jalan raya. Dia mati akal. Apa dah jadi sebenarnya ni? Mana semua orang pergi? Gf aku.. Mana? Parents dia dah takda lama dah. Aku nak buat apa sekarang ni?! Ya Allah.
BAM!!
Terus dia berpaling. Bunyi kuat dari rumah hujung tu mengejutkan Jimbo. Takda angin, takda ribut, tapi pintu rumah tu terbukak tertutup dengan sendirinya. Jimbo dapat lihat dengan jelas walaupun dari jauh.
Air liur ditelan. Dia cuba fikir positif. Mungkin ada lagi manusia yang tinggal. Macam aku jugak? Yes!! Betul tu. Tapi... Patut ke aku pergi ke sana? Tapi kalau jadi apa-apa kat aku nanti nak mintak tolong siapa? Tapi kalau tak pergi, macam mana nak tahu ada orang ke tak?
"Arghhhh!" Jerit Jimbo. Rambut dia dah kusut disebabkan tangannya. Serabut dia memikirkan pasal nak pergi ke tak rumah hujung tu. Dia lihat rumah tu. Scary semacam je.
Jimbo dapat akal. Dia masuk ke dalam rumahnya semula. Baju ditukar ke tshirt, dan jaket hitam disarung ke badan. Beg galas diambil, barang penting seperti laptop, torchlight, lighter, tshirt dua dan seluar satu, kabel iPhone dan laptop, sedikit makanan ringan dekat dapur, dan juga pisau, untuk kecemasan, dimasukkan kedalam beg tu. Kayu besbol juga diikat dibahagian depan beg.
Okay dia dah ready. Nafas ditarik panjang. Sumpah dia tak sangka akan lalui perkara macam ni, tapi nak taknak dia kena hadap jugak.
"Lets do this." Bisiknya perlahan sambil mata memandang ke arah rumah hujung tu.
__________________
Bersambung..
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorreurHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...