Satu malam, aku sedang menonton tv di ruang tamu. Adik lelaki aku pun tengah tengok tv. Tapi dia dekat ruang tamu bawah. Aku atas.
Masa aku sedang fokus pada tv. Aku terdengar seakan suara berbisik di luar tingkap rumah aku.
Jadi untuk memastikan takda apa apa berlaku, aku pun check ikut celah langsir. Nak tengok ada apa kat luar.
Takda apa. Hanya ada cahaya suram dari lampu diluar yang menyimbah kereta di tempat parking.
Aku duduk semula dekat atas sofa. Nak sambung balik movie tadi.
Dalam 5 minit lepas tu, aku dengar bunyi tu lagi.
Betul betul dekat tingkap aku intai tadi.
Aku tak tunggu lama, dan terus pergi jenguk kat tingkap. Semasa aku intai, aku terkejut. Lampu di luar dah gelap. Kawasan rumah aku dah gelap.
"Something strange is happening here." Benak aku bercakap.
Tiba tiba terdengar hentakkan kaki kuat dari bawah menuju ke atas, tempat aku.
Aku menoleh ke belakang. Tengok adik aku tengah termengah-mengah.
Makin pelik aku tengok.
"Kau dah kenapa?" Soal aku.
"Long, tadi— aku dengar ada—"
Gelagat adik aku macam pelik. Menggelabah semacam. Cakap pun sangkut sangkut.
"Asal kau ni?"
"Ada orang kat dalam rumah kita ni long!" Balas adik aku pantas.
Masa yang sama terdengar kembali bunyi tadi dari luar.
Pantas aku melihat semula dari celah langsir.
Terkejut gila aku bila ternampak ada orang mengintai aku semula di luar rumah!
Pantas aku tarik tangan adik aku dan berlari ke atas, masuk dalam bilik. Pintu dikunci.
Aku merapatkan telinga dekat pintu bilik.
Derapan kaki diluar membuatkan aku cuak.
Bunyi macam ramai!
Adik aku dah takut dan menggigil.
Pantas aku suruh dia diam, jangan buat bising!
Aku dah taktahu nak buat apa.
Pintu bilik kami ditendang tendang dari luar.
Terkejut kitorang dibuatnya. Terus aku dan adik aku lari, masuk dalam almari baju.
Dalam keadaan macam ni, aku terlupa yang phone ada dalam poket seluar aku. Terus aku seluk poket dan dial nombor kecemasan polis.
Nasib kami baik ketika itu. Polis datang tepat pada masanya. Ketika kami keluar dari almari baju tu, aku dapat lihat kesan tapak kaki yang banyak di depan pintu.
Aku menceritakan semuanya yang telah berlaku.
Setelah beberapa hari, polis call aku mengatakan mereka dah berjaya menangkap penjenayah haritu.
Aku terkejut bila polis kata ada lima orang telah pecah masuk rumah aku.
Tapi, kesan tapak kaki yang aku nampak haritu, ada 6 pasang?
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...