Pada suatu malam yang hening, terdapat 4 sekawan sedang mengayuh basikal, ingin pulang ke rumah masing masing.
Disebabkan hari dah sangat gelap, mereka terpaksa mengikut jalan shortcut iaitu kawasan kubur.
Aizat, Amir, Zak dan Zam. Mereka berempat membawa basikal dengan had laju yang normal sambil dok bersembang huha huha, tiba tiba
"Weh korang." Si Amir bersuara terus brek mengejut.
Tiga kepala yang ada kat belakang Amir masa tu turut brek mengejut gak.
"Woi kau apehal Mir brek mengejut?! Nasib baik aku tak langgar kau tau!" Balas Zak geram.
Tapi takda response dari Amir tika itu.
"Woi Mir. Kau apehal ni..?" Soal Zam pula.
"Entah dia ni. Dah la brek mengejut, pastu jadi batu pulak atas basikal tu. Woi Amir!" Bebel Aizat.
Krik krik. Hanya bunyi cengkerik je kedengaran masa tu.
Mereka dah terasa lain macam. Sejuk malam tu rasa macam sampai ke tulang belakang.
"WEH PECUT WEH!! PECUT!!!" Jerkah Amir tiba tiba. Dia terus memecut bersama basikalnya, tapi pelik, dia pecut tapi berpatah balik ke laluan nak ke tempat mengaji mereka.
"Omak kau meletupp kebabom pomm pang!"
"WEH AMIR! Setan betul tinggalkan kita!!"
"WOIII KAU APEHAL PATAH BALIK WOIIII!!"
Masing masing dok terjerit, confuse dan sebagainya. Tapi Amir tak hiraukan jeritan mereka, dia hanya balas
"LARI DARI SITU!! SEKARANG!! CEPAT! NANTI AKU CERITA!! CEPAT WOIIIII! DIA DAH DEKAT!" Jeritan Amir masa tu kuat nak mampos. Aku rasa satu kampung dengar (k tipu).
Aizat, Zak dan Zam saling berpandangan.
Tanpa membuang masa, mereka pusingkan basikal mereka ke arah yang sama macam Amir, dan memecut dari situ. Pun kelajuan yang sama macam Amir.
_________________
Bersambung..
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...