Hari itu aku pulang agak lewat sikit berbanding hari biasa. Sepatutnya jam 5 petang tadi aku dah bergerak pulang ke rumah. Tetapi disebabkan kerja yang bertimbun bak gunung everest vs gunung kinabalu, maka terbantut la niat murni aku nak balik. (Sigh)
Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 9:45 malam. Haish, kalau time ni sepatutnya aku dah terbongkang atas katil sambil call awek aku. Haish, haish. Kacau betul lah fail-fail ni. Time ni la kau nak bertimbun! (Fail dipersalahkan, sian)
Untuk menghilangkan rasa mengantuk, jadi Amar pun bergerak ke arah pantry untuk membuat coffee. Sekeliling pejabatnya di pandang. Seram pulak bila tengok pejabat lampu samar-samar cenggitu, selalunya terang je. Haih la. Ni yang buat otak start fikir yang bukan-bukan ni.
Sedang dia membancuh kopi (3in1 je bhai), tiba-tiba dia terpandang ke arah bilik mesyuarat yang dindingnya kaca transparent. Rasa macam ternampak kerusi bergerak tadi dalam tu. Ada orang ke?
Dia dah tak sedap hati. Nak blah ke tak, blah ke tak. Kopi ni takkan nak tinggal je? Minum pun tak lagi. Aduh. Amar dilemma sama ada nak pilih kopi ataupun lari dari situ.
Maka dia pun lari sambil membawa kopi. Lari macam mak nenek la ko jawabnya.
Elok je dia sampai dalam bilik dia. Tiba tiba mesin photostat dia berbunyi. Perlahan dia meletakkan mug coffee tu ke atas meja. Dengan perlahan jugak dia melangkah ke arah mesin photostatnya. Jantung dah berdebar tahap tahik.Mesin tu dipandang. Apekehal ni? Rosak ke apa. Dia belek-belek mesin tu. Tengok takda apa apa pun yang rosak. Lalu dia pun melangkah ingin ke mejanya, nak sambung kerja.
(Haih. Lembab 😒)Elok je dia nak duduk atas kerusi kerja nya. Mesin tu berbunyi lagi. Tapi kali ni dengan bunyi kertas sekali. Macam ada orang print sesuatu.
Dengan laju (kalini cam berani sikit so laju) dia berjalan ke arah mesin tu, geram pun ada. Kacau aku buat kerja betul lah.Tapi lepastu dia tergamam. Taktahu nak percaya ke tak. Or nak buat tak nampak je?
Didepannya, keluar satu kertas A4 dari mesin photostat tu, tapi bukan tu yang buat dia tergamam tapi tulisan dikertas tu.Hai. Sorang je ke?
Dia masih diam. Perhati je mesin tu. Tetiba tempat print out tu keluar kertas, laju. Macam f1 (tipu je). Tulisan disetiap kertas tu membuatkan lututnya goyang.
Kertas satu
Kenapa diam je tu?Next kertas
Taknak balas ke?Next kertas
Aku kat bilik sebelah ni.Next kertas
Jap lagi aku singgah bilik kau, nak?Next
Aku on the way...Terus dia capai kunci kereta dan wallet di atas mejanya dan berlari keluar dari biliknya. Pecut. Macam kena kejar dengan hantu. Tapi memang betul hantu pun sebab mana ada pekerja lagi dah masa ni, aku sorang je. Dia tak kisah dah dengan kerja dia. Janji dia nak balik sekarang sebab dia dapat rasakan benda tu dah ada kat belakang dia tadi masa nak keluar bilik dia.
Sampai je di tempat parking keretanya, dia melihat ke arah bangunan. Biliknya masih bercahaya. Lupa nak tutup lampu tadi, nak cepat sangat. Haa. Tapi dia nampak disebalik langsir officenya, terdapat seekor lembaga hitam, bermata merah sedang merenung ke arahnya, tepat.
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
УжасыHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...