Disebabkan ada sorang budak complain cerita aku tak best. Jadi aku ambik beberapa hari nak ingat balik kejadian dulu dulu untuk diceritakan. Jenuh nak ingat balik woi. Fikir senang ke nak turn on suis memory lane dulu?Ate teman ni udoh ler pelupe orangnya. Pfft.
K silakan baca.________________
Cerita ini mengisahkan tentang kakak gue dan juga abang gue. Lu orang baik fokus kalau nak faham cerita ni. Perlukan tahap pemahaman yang sangat tinggi. Kalau BM korang fail masa exam, sila jangan baca cerita ni.
Kejadian berlaku sekitar petang nak ke Maghrib. Benda normal la masa tu hantu hantu semua nak menjalang kan? Okay.
Korang tahu tali air? Kalau tak tahu better pergi Google. Taktahu nak explain cemana wakakakkaa.
Benda ni berlaku dekat kampung. Masa tu kakak dan abang aku main dekat tali air tu. Kakak aku dok bertenggek dekat papan tali air tu. Dibuatnya kalau terjatuh masa tu, aku rasa kakak aku dah arwah sekarang. Sebab belakang tali air tu, air dia dalam nak mampos. Kalau kau terjun, memang kau jadi Mak bawang putih ler. Mati keras dalam air tu jela tak timbul. Tapi alhamdulillah umur dia masih panjang sampai la ni.
Manakala, abang aku pula pergi main dalam sungai tu. Tak la dalam mana sungai tu. Tapi boleh lah paras pinggang kot kalau masuk? So si bangang tu main dalam sungai tu, nak tangkap ikan katanyaaaa.
Aku perlukan imaginasi yang tinggi dari korang. Sila bayangkan.
Sungai kat kampung aku tu sebelah kiri kanan dia kelapa sawit. Bukan kepala sawit ye. Kepala sawit tu hangguk mu. Kelapa sawit. Boleh dikatakan pokok tu agak scary la, sebab situ kadang kadang tempat kawan kau muncul. Kawan kau means hantu. K. Lagi satu, babi hutan. Dasar babi. Kerja nak menyondol orang je.
Pastu, nak dijadikan cerita. Sedang mereka asyik bermain bergurau senda bergelak ketawa tengah nak Maghrib tu, dorang tak perasan sebenarnya ada satu makhluk sedang memerhati.
Disebabkan hari dah makin gelap. Burung burung pun turut berkicauan. Jadi kakak aku decide nak balik rumah. Lalu dia pun turun dari papan tali air tu dan jalan ke abang aku. Suruh abang aku keluar dari air tu. Acah nak tangkap ikan, tapi sekor pun takda. Haktuih.
Lalu keluarlah abang aku dari air yang kurang cetek seperti akalnya yang agak cetek ketika itu.
Sedang mereka nak berjalan pulang, tiba tiba abang aku teringat sesuatu.
Selipar dia tertinggal.
Bodo apa dah jalan balik baru teringat tak pakai selipar? Aduhh.
Abang aku dengan kakak aku pun patah balik ke sungai tu. Abang aku pergi ke papan tali air tu nak ambik selipar, kakak aku pula tunggu tepi je.
Tiba tiba mata abang aku tertoleh ke dalam sungai tempat dia main tadi.
Terkejut dia bila ternampak ada mata yang timbul dalam sungai tu sedang memandang tajam ke arah mereka berdua.
Korang tau macam mana mata buaya ngintai mangsa kan? Haa bayangkan. Tapi ni bukan buaya. Aku pun taktahu benda apa tu. Even abang aku pun still taktahu benda apa tu sampai sekarang.
Abang aku terus capai selipar dan tarik kakak aku pastu lari pecut. Tak sempat dah nak pakai balik selipar tu.
Sampai je kat rumah selepas berlari macam kena kejar babi segala hutan, mak aku terus tanya dorang dah kenapa?
Abang aku pun cerita la semua.
Mak aku relax je jawab.
"Siapa suruh mandi sungai tengah nak Maghrib ni? Kan dah kena kacau. Tu hantu sungai la tu."
Sungguh krik krik suasana ketika itu selepas dengar jawapan dari mak aku.
Takpelah, pasghah je.
Moral of the story; takda.
HAHAHHAHAHA FIKIR SENDIRI LAH. DAH BESAR KAN?
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...