Nama aku Awie. Berumur 22 tahun. Stay dekat KL. Girlfriend? Takda. Single lagi. Nak masuk line? Boleh. Dial nombor ni, 01234567890. Semoga berjaya call.
Okay.
Aku nak cerita satu kisah yang baru saja berlaku dalam hidup aku. Kejadian yang terjadi tu membuatkan aku serik.
Teruskan membaca kalau nak tahu.
Aku memang jenis yang suka berjalan pada waktu malam. Berjalan? Walking tau? Bukan bawak kereta or bawak motor mahupun basikal. Berjalan je. Pakai kaki lah senang. Masa aku keluar, around 12-1-2-3 pagi ke atas. Best kott. Sunyi je takda orang.
Aku baru pindah kat Apartment ni sebenarnya. Ada lah dalam 2 bulan lebih. Selama aku duduk situ, dah banyak kali gak ah aku merayau sensorang tengah malam.
So malam tu pukul 1 pagi aku keluar rumah. Jalan memang sunyi. Kebanyakkan kedai dah tutup. Hanya ada lampu jalan je yang menyinari hidup ku. Eh menyinari jalan 😂
Aku pun dengan bangangnya, berjalan dekat kawasan tu.
Muka bangga je jalan time tu. Sambil menghirup udara pagi. Memang best la en sebab jalan kosong, macam jalan tu baPAAAK kau yang punya. Hah gitu.
Sampai je dekat satu blok ni. Aku nak masuk laluan tu. Tepi laluan tu memang bangunan jela en.
Masa nak lalu tu, aku ternampak seseorang.
Aku cuba fokus, nak tengok tu betul ke orang.
Okay memang orang. Tapi lelaki tu macam pelik?
Baju serba hitam, seluar hitam dan rambut dia kelihatan panjang paras bahu dan serabai. Perempuan ke lelaki ni?
Badan leper, kepeng je tengok..
Lelaki tu seperti sedang menari macam orang mabuk.
Aku pun berjalan mendekati. Yela sebab aku memang nak ke situ pun. Bukan saja saja nak dekat kat dia woi! Dah dia betul betul kat tengah blok tu.
Sedang aku menghampiri, lelaki tu masih dalam keadaan menari. Serious cam orang lalok.
Aku memang tak rasa nak tegur pun.
Aku pun teruskan je berjalan. Aku kembali pandang ke depan. Biar je mamat tu.
Tak sampai lima saat, aku pusing kembali ke arah mamat tu. Tengok dah hilang.
Huh?
Aik. Cepatnya lelaki ni berjalan? Aku dah pelik kat situ. Aku toleh kiri toleh kanan. Sampai terteleng sana sini. Sekali aku spot satu benda kat satu ceruk. Macam ada sesuatu..
Aku fokus punya fokus. Eh ni mamat tadi?!
Apehal dia pandang aku macam tu?
Dari jauh aku nampak lelaki tu pandang tepat ke arah aku. Sambil tersenyum, dia berjalan menghampiri aku. Bapak scary sial.
Aku jadi cam, freak out.
Lelaki tu makin hampir, aku terus jerit kat dia.
"KAU APAHAL?!"
Jeritan aku berjaya membuatkan lelaki tu stop.
Dalam seminit gak ah kitorang berpandangan. Aku tak pernah jumpa lagi do orang camni.
Tapi... betul ke ni orang?
Jangan jangan..
Fikiran aku terhenti disaat aku melihat lelaki tu berpusing kembali ke belakang dan berlalu pergi.
Aku menghela nafas lega.
Semasa aku start nak melangkah, aku pandang lelaki tu semula dan
Mata aku terbeliak bila ternampak lelaki tu sedang berlari pantas ke arah aku dengan senyuman masih diwajahnya.
Aku tak buang masa, terus pecut! Pergi dari situ!
SAH! Ni bukan manusia!
Sebab masa dia kejar tu, aku perasan kat wajahnya yang tersenyum, ada air darah mengalir dari matanya.
Nasib baik dia tak ikut sampai balik rumah.
Sejak tu, aku tak berani dah nak keluar pada waktu malam.
P/s: pesanan ringkas buat gadis gadis comel diluar sana, kalau nak keluar malam dengan abg awie, abg sedia bawakan. HAHAHAHAHAHAH BAI
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
TerrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...