Nama aku Riz. Umur baru 16 tahun. Tahun depan SPM. Bersekolah di area Damansara. Seorang yang kacak dan popular di kalangan perempuan, bukan sahaja di Instagram malahan di sekolah juga.
Tapi bukan tu sebenarnya aku nak cerita.
Cerita sebenar dia bermula pada haritu..permulaan gelap dalam hidup ku.Sabtu. Itu adalah hari paling best untuk budak sekolah macam aku. Weekend enn.
Jadi haritu aku bercadang untuk pergi memancing dengan kawan aku. So lepas dah minta izin dengan mama and ayah. Jadi aku pun call Que."Lo Que. Mana? Aku dah siap ni. Gerak ah jom."
"...."
"Haa, okay okay. Bye."
Phone aku simpan dalam pocket seluar. Wallet aku capai dan beg peralatan semua aku jinjit. Aku melihat sekilas cermin dalam bilik tu. Yea, kacak macam selalu. Lepas dah syok sendiri, aku pun keluar dari bilik dengan bangganya.
Dalam kereta.
"Weh, haritu si Azrin text aku kot. Dia kata dia suka aku. Aku taktahu doh nak reply apa." Kata aku pada Que yang sedang memandu.
Oh. Dia 18 tahun."So? Kau tak reply la?" Balas Que.
"Yep. Segan doh. Aku walaupun ramai peminat. Tapi aku pemalu sebenarnya." Balas aku separa malu.
"HAHA. Fuck you la pemalu. Nak muntah aku. Hahahaha. Kau tu dah la takde awek. Muka dah macam anak ikan. Ke kau gay?" Sejak bila pula mulut Que ni cam bahbi?
"WOIIIII! Hotak kau la gay. Kalau aku gay dah lama aku ngorat kau. Kita dah ada dalam bilik sekarang. Hahahahhahahaha!" Balas aku sambil gelak cam puaka. Kelakar kot? Heh.
"Hahahaha. Bodohhh! Taknak aku. Buat seksa je. Kau dah la kecik. HAHAHA!"
Balas Que.Sedang kami bersembang, aku tak sedar persekitaran kitorang sebenarnya dah lain macam.
"Bro. Kenapa...kat luar tu macam sunyi sangat?" Soal aku pada Que.
"Now you mention it, aku pun perasan gak dari tadi. Kita salah jalan ke?" Kata Que.
"Tak...kot?"
Aku dah start seram. Mana taknya? Satu kereta pun takda weh! Nak kata tengah malam, sekarang baru waktu lunch kot! And...kat luar fogging teruk."Ni nak teruskan ke apa ni. Aku tengok muka kau pun dah tau kau tengah cuak." Celaka sungguh kata kata Que. Tapi takpe, sebab memang betul pun.
"Aku rasa better kita patah balik weh. Aku tak sedap hati ni." Serious. Rasa macam sesuatu bakal terjadi.
"Kk, depan tu ada U-turn kan. Haa relax relax. Baca Yassin." Haa kau baru nak ingat Tuhan ke?
___"Weh. Apa benda tu?" Soal aku.
"Apa?" Balas Que.
"Ce kau tengok dekat side mirror kanan. Weh macam..sesuatu mengejar..?" Balas aku.
"WTF! Weh apa benda sial tu?!" Jerit Que.
"Pecut weh pecut!" Aku jerit balik.
Ye, kitorang di kejar. Dengan satu benda putih? Bermata merah menyala. Mulutnya dipenuhi darah.
Aku rasa tu hantu. Damn. Memang hantu sebab dia takda kaki."Fuck doh! Macam mana tengah siang macam ni pun boleh ada weh benda alah tu?!" Soal aku.
Jelas ketakutan terpancar dari suara aku. Siapa tak seram bodo kena kejar hantu? Nasib baik dah takda dah.
"Aku taktahu doh. Seram sia. Meremang bulu roma aku. Tak pernah lagi aku tengok the real one depan mata weh!" Balas Que.
"Haa tu signboard nak ke KL, haih. Taubat aku doh, tak sempat nak pergi memancing pun dah jadi macam ni. The hell." Balas aku mengeluh.
"Haa tu la pasal--"
PANG!
Screeeeeeeet! Screeeeet! Scrrrrrrrrreeeeet!
Pom!
___Aku dan Que accident.
Semuanya disebabkan 'benda' tu tiba-tiba mengejut muncul kan diri depan cermin kereta kitorang. Jadi Que hilang kawalan. Que meninggal kat tempat kejadian dan aku..Aku taktahu nak cakap ni anugerah ataupun malapetaka.
Lepas kejadian tu, hidup aku diselubungi ketakutan. Sampai sekarang kegelapan tu macam taknak tinggalkan aku.
Sebab, aku ada mata ketiga or sixth sense. Hijab aku terbuka.Dan aku boleh nampak 'benda' tu semua dimana je aku pergi.
Termasuk la...dekat sebelah kau tu.
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...