Kampung

5.4K 393 23
                                    

Seperti cerita sebelum ni yang aku kongsikan dengan korang, siapa yang baca cerita first tu tau la kampung aku kat mana. So disebabkan aku ni pemalas tahap platypus, jadi aku malas nak mention lagi kampung aku kat mana. So, here we go!

Masa ni aku tak ingat umur aku berapa. Apa yang aku ingat, aku budak sekolah rendah lagi masa tu. Dan arwah opah aku masih ada. Masa tu musim raya tak silap. Sanak sedara dari setiap ceruk semua berkumpul dekat rumah Opah sebab nak sambut raya bersama. Tak terkecuali la dengan family aku.

So, nak dijadikan cerita. Waktu tu malam, aku tak ingat pukul berapa, yang pasti malam la. Rumah arwah opah aku jenis rumah papan dua tingkat tu. Yang bila ada orang berjalan dekat tingkat atas, kau boleh dengar. Tapi bukan itu point dia sekarang. Bumbung rumah pulak jenis atap zink. Kot? Yang bila pijak, boleh kemek and bunyi kuat. (Ugh, fail la nak terangkan.)

Okay lepas tu. Masa tu semua sedara mara tengah melepak kat atas, tengok tv. Kat bawah pun ada tv. Cuma masa tu aku, kakak (yang suka bergayut tgh malam tu, kalau tktau sila baca cerita tajuk 'opah'), mak, opah, dengan beberapa pakcik aku rasanya.

Masa tengah diorang tengah bersembang, aku cuma duduk atas sofa, sambil tengok dorang tengah borak pasal orang dewasa. Mak dengan Opah tengah borak sambil masak rendang kat dapur. Kakak aku baru nak turun tangga.

Sedang dia turun tu, tetiba..

Pang!!

Atap zink rumah kat tingkat bawah tu kemek! Betul-betul masa akak aku nak turun bawah ke ruang tamu bawah. Terkejut gila dia.

Kemek weh! Macam ada orang pijak. Aku masa tu relax lagi, aku kan cool. Pft. Tiba-tiba aku nampak opah dengan mak menuju ke depan. Diorang dok kecoh tanya bunyi apa tu? Kuat benar bunyi nya. Aku pandang mak, sambil tunjuk atap zink yang dah kemek ke dalam, dua tempat kemek. Mak dengan opah pelik. Pakcik-pakcik aku pun sama. Aku pun mula la berkelakuan seperti budak-budak normal, ikut sekali membuat muka pelik macam dorang.

Lantas, kakak aku tanya. "Apa tu Opah?"

Opah dengan relax sambil pegang sudip jawab.

"Musang tu. Dah la takde pape pun."

Aku yang tengah buat muka pelik, bertambah pelik bila dengar jawapan opah. Aku pandang muka kakak, dia pucat lesi. Aku rasa dia tau tu 'benda' apa, cuma dia saja tanya opah nak sedapkan hati kot.

Masa tu aku budak lagi kan, so aku memang tak faham bahasa kiasan orang dewasa ni. Jadi aku pun, let it go~ let it go~~ can't hold it back anymoree~ (err sorry termenyanyi pulak.)

Sampai sekarang, baru aku sedar. Mana ada musang jalan kemek sampai macam tu sekali.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now