Mimpi?

4.9K 356 5
                                    

Kisahnya bermula begini.

Suatu malam, (cewah!) aku, kakak aku dan kawan kakak, sedang bersembang ibarat tiada hari esok.

Aku pula masa tu nak ke tingkap ruang tamu, untuk melihat keindahan malam, malam tu. Memang setiap malam aku suka buat macam tu.

Lalu aku pun menolak tingkap rumah, tingkap rumah aku jenis sliding. Elok je bila kau tolak tingkap tu, mata kau menangkap satu kelibat bersarung putih, bermuka hitam, mata merah merenung kau tajam di depan pokok pisang.

Pocong!

Kau kaku. Air liur terasa kesat di kerongkong. Lembaga tersebut masih merenung kau tajam. Kau takut, terlalu takut sampai tak boleh nak gerak. Kau dah cuak takut lembaga tu makin menghampiri.

Pantas kau tetiba terbangun, tersedar dari mimpi. Kau melihat sekeliling. Phew. Kau menarik nafas lega, mimpi rupanya. Tapi macam real sangat kenapa? Jam kau lihat sekejap, pukul 3:30 pagi dah. Lalu kau baring, mahu tidur semula.

Elok je mata dah tertutup, kau terkejut.

Kau masih dapat melihat lembaga tersebut. Masih merenung kau tajam. Kau masih di tingkap. Dan 'dia' makin menghampiri. Rupanya kau masih stuck kat mimpi tadi! Ni sambungan dia(?).

Tapi kali ni kau tak dapat bangun. Fuck.

Kalau betul ni mimpi, aku kena strong. Kau bisik dalam hati masa tu. Dengan segala kudrat yang ada, aku terus berlari ke arah kakak dan kawan dia. Mereka terkejut dengan reaksi aku. Mereka tanya kenapa?

Lantas aku suruh kawan lelaki kakak tu menutup tingkap rumah. Dia makin pelik, "apsal?" Aku cakap, "cepat cepat tutup je!"

Saat kawan lelaki kakak nak tutup tingkap tu. Dia seakan tak nampak apa yang aku nampak tadi sebab dia kelihatan relax je. Aku beranggapan mungkin makhluk tu dah pergi. Rupanya tidak. Kawan kakak aku kata bau busuk dekat tingkap tu. Busuk sangat macam bangkai. Aku dah tak sedap hati. Tingkap dah bertutup.

Tapi aku masih dapat bau kehadiran dia sebab bau tu kuat dari belakang aku.

[REALITI] SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang