Suprise

5.1K 334 23
                                    

"Krismas dah nak dekat ni. Hurm, apa khabar agaknya Mama dekat kampung tu? Haish. Nak hantar kad bagi Mama lah." Bebel Jambul sensorang.

Lalu, si Jambul pun mula menulis kad sempena Krismas yang makin hampir.

Sesudah dia menulis, dia masukkan kad tu dalam sampul surat. Dan dia terus keluar. Nak post card tersebut.

"Hehe. Mesti Mama terkejut dapat kad ni dari aku." Sengih Jambul sensorang lagi depan peti surat pos. Setelah surat dah masuk dalam peti tu, dia ingin blah dari situ cepat, dah la panas terik. Tapi tetiba dia teringat sesuatu.

"DAMN! ALAMAT AKU LUPA TULIS?!" Jerit Jambul keseorangan lagi.

Tapi apakan daya, nasi sudah pun jadi bubur ayam. Kad dah pun dimasukkan dalam peti. Lalu dia pun pulang ke rumah dengan muka tahi.

2 hari kemudian.

Ibu ibu bapak bapak, siapa yang punya anak bilang akuk~

Jambul terkocoh-kocoh keluar dari bilik air apabila terdengar ringtone handphone miliknya berbunyi.

Mama cun is calling.

Terus dia angkat.

"Hello , Mama?"

"Hi anakku apa khabar. Sihat ke?"

"Sihat je ni Ma. Eh kenapa Mama call?"

"Laaa... Bukan kamu ke yang suruh Mama call bila dapat kad ni? Eh cantik kad kamu ni, duit pun jarang kamu bagi tetiba plak bagi kad ni, kamu ni-"

Jambul terdiam jap.

"M-macam mana Mama dapat kad tu? Siapa yang hantar? Bila sampai?" Tudiaa soalan M16.

"Eh kamu ni Jambul? Bukan kamu ke yang pos kad ni. Posman la hantar. Takkan najib kot. Haish, nama dah Jambul, jangan sampai Mama tukar jadi Jambul Biol. haa." Mamanya cuba berlawak.

Namun, lawak Mama dia langsung tiada effect dekat Jambul. Jambul masih kaku sementara tangannya dah menggigil sambil pegang phone.

A-aku tak t-tulis alamat. Macam- macam mana Mama...?

"Hello? Hello Jambul? Aii dah jadi bisu pulak anak aku ni. Hellooo Jambul? Helllloo from the other sidee~"

Suara Mamanya yang sedang nyanyi lagu Adele tu sangat sumbang di telinga Jambul. Tapi dia tak layan. Dia terus tutup phone. Aku harap Mama anggap phone aku battery mati. Biarlah jadi anak durhaka jap, sebab tipu. Tapi-

"SIAPA YANG HANTAR SURAT TU PADAHAL AKU TAK TULIS PUN ALAMAT RUMAH MAMA AKU????!!" Jerit Jambul sekuat hati dalam biliknya.

Jiran yang sedang lalu lalang depan rumah Jambul sambil bagi burung makan terberhenti apabila terdengar jeritan Jambul yang kelihatan serupa maknyah itu. Seminit berlalu. Lepas tu mereka sambung kembali buat hal sendiri.

Tamat(?)

______________

Sumber: Lawak kampus (Jilid berapa cari sendiri) 😂

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now