Segalanya bermula pada suatu senja dua bulan lalu.
Aku sedang melangkah pulang menuju ke kereta yang terletak di hadapan pejabat apabila melihat orang ramai menjerit sambil tangan menunjuk-nunjuk ke atas.
Aku mendongak untuk melihat apa yang berlaku. Bangunan yang menempatkan pejabat aku ini setinggi 20 tingkat.
Walaupun sudah remang senja, aku dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku dia atas bangunan itu.
Seorang wanita berambut panjang memakai baju merah sedang berdiri dan seolah-olah bersedia untuk terjun ke bawah.
Baru saja otak aku berfikir siapakah gerangan wanita itu dan apa motifnya untuk terjun, kedengaran suara orang ramai menjerit ketakutan.
Lima saat kemudian tubuh wanita itu sudah berada di hadapan aku dengan kepalanya berkecai. Otaknya berteraburan dan sebahagiannya sudah terkena pada pakaian yang aku pakai.
Aku hanya mampu menjerit, tergamam dan akhirnya pandangan aku gelap, pengsan. Dua hari aku terlantar di hospital akibat trauma dengan kejadian tu. Keluar dari hospital baru aku tahu cerita sebenar.
Seorang wanita bangsa asing berusia 24 tahun bunuh diri sebab dapat tahu kekasihnya berlaku curang dekat dia. Dia memang sengaja memakai baju merah untuk membalas dendam setelah kematiannya kelak.
Selepas kejadian tu, aku still teruskan kehidupan seperti biasa.
Namun, sesuatu yang ganjil sedang berlaku.
Aku seperti dibayangi oleh seorang wanita berambut panjang memakai baju warna merah. Kemana je aku pergi, bayangan dia seperti mengekori hinggakan aku terpaksa hidup dalam ketakutan.
Ada kalanga dia menjelma di hadapan cermin di bilik air rumah aku.
Kadang-kadang ketika aku tersedar dari tidur terasa ada mata yang tajam sedang memerhati.Apabila aku menceritakan perkara ini kepada rakan yang lain, mereka mengatakan aku mungkin terkena badi mayat. Mereka menyarankan aku pergi berubat dengan orang yang mahir dengan ilmu agama/mistik.
Akhirnya dengan bantuan Jamil, aku berubat dengan seorang lelaki tua bernama Pak Sahak. Menggeleng kepala Pak Sahak apabila dia selesai membaca masalah aku melalui limau nipis yang di potong dua.
"Roh ni mahu kamu tolong dia balas dendam." Itu lah kata Pak Sahak dan ia menambahkan lagi rasa takut di hati aku.
Apabila aku menyatakan tidak sanggup membantu, tiba tiba lantai rumah Pak Sahak bergegar kuat. Barang-barang yang ada dalam almari terjatuh dan pecah berderai.
Aku merasakan seolah-olah berada dalam satu babak cerita hantu yang sangat menakutkan. Pak Sahak bangun lalu azan sebanyak 7 kali.
Aku pula membaca ayat Kursi Tanpa putus di bibir. Selang tiga minit keadaan menjadi reda.
Pak Sahak membekalkan aku tiga botol air dan sekilo garam kasar yang sudah dibacakan Surah Yassin 7 kali. Air dan garam itu disuruh tabur di sekeliling kawasan rumah.
Malam itu, di rumah. Aku mendengar suara wanita menjerit panjang. Kemudian mengilai-ngilai diikuti dengan salakan anjing yang panjang dan meremangkan bulu roma.
Aku tak dapat tidur. Tiga hari berturut-turut kejadian tu berlaku.
Hari keempat suasana menjadi aman kembali. Aku dapat jalani kehidupan dengan tenteram.
Selepas kejadian tu, tiada lagi bayangan wanita misteri mengekori aku. Aku anggap apa yang berlaku itu semua ujian dari Allah SWT untuk aku.
Wallahua'lam.
•cerita diambil dari sumber tertentu dan diubah sedikit bagi menghayati semangat urban gitu. Harap maklum. Lepas ni nampak org terjun bangunan, terus lari okay.•
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...