Raya 2

504 56 3
                                    

Assalamualaikum, kepada seluruh warga muslimin dan muslimat. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua, sahabat handai, dan juga pada bakal jodoh yang mungkin belum lahir lagi.

Untuk yang masih belum mengenali aku, Hi, nama aku Sulaiman. Panggil Iman, taknak Leman ye, tak glamor. Disini aku ingin pendek kan saja introductions dimana, aku akan menceritakan sebuah cerita seram yang telah berlaku pada aku itu hari. Hopefully semua pembaca baca dengan sabar dan penuh perasaan takut.

Okay ceritanye bermula begini.

Boleh mainkan dulu video di atas untuk tambah mood seram.

Back to story.

Sesudah tamat takbir raya yang berkumandang di masjid sekitar kawasan rumah aku, keadaan kembali jadi sunyi sepi, hanya bunyi meriam or mercun saja sekali sakala. Itu pun jarak jauh. Maklumlah, pkp masih belum berakhir, mana boleh ramai2 keluar rumah lagi, social distances please.

Jam masa tu dah menginjak ke pukul 10:30 malam, mak aku tengah sibuk menganyam ketupat ditemani kakak aku di dapur. Aku sebagai lelaki, hanya mampu duduk di meja makan, dan mencekik rendang. Maklumlah, baru balik kerja ekceli. Tu kebulur habis.

Adik lelaki aku macam biasa duduk dalam bilik, terperap je, mungkin dah jadi biawak agaknye dalam bilik tu. Selesai makan, aku pun terus baring, sebab rasa macam mengantuk sangat mata, taktau la effect makan rendang tadi ke apa tapi mengantuk habis la. Lalu aku pun tertidur dalam bilik.

Orang tua-tua kata, balik rumah kena cuci kaki, cuci badan, cuci muka- senang cerita mandi la. Entah macam mana waktu ni, aku terus terlupa nak mandi. Cadangnye nak mandi lepas makan tadi, tapi hmm lain pulak jadinya.

Dan disebabkan itulah, terjadinya gangguan ni kat aku. Bukan setakat aku je, dengan 'adik' aku a.k.a biawak tu tadi pun turut diganggu juga. Padan muka dia, siapa suruh suka duk dalam bilik gelap2. Kejadian ni berlaku selang 10 minit lepas aku tertidur.

Sedang aku asyik tidur tanpa memikirkan masalah negara, tiba-tiba ibu jari kaki aku dihujung katil terasa dicuit seseorang. First tu aku buat dang jela, ingatkan anak buah ke en. Tapi bila kali kedua kaki aku dicuit bukan saja di ibu jari tapi kali ni kesemua jari, aku terus tersentap. Automatik bangun mendadak. Masa tu otak aku terus teringat, yang anak buah aku tak datang kat sini pun tadi.

Ah ni sial. Tak toleh kiri kanan, aku terus meluru ke pintu, buka and keluar tanpa pandang ke belakang. Masa nak keluar tu, terdengar suara orang mengekek kat belakang. Mf- aku rasa nak menjerit waktu ni tapi teruskan berjalan dengan pantas ke dapur.

Peh nasib baik mak and kakak aku tak tidur lagi. Tengah mengemas. Mak aku pelik dah tengok aku, dengan baju kerja tak bertukar, muka pucat gamaknye tak rupa orang.

"Ko dah kenapa bang? Kena sampuk? Ni apesal tak mandi lagi?" Soal mak.

Sampuk-sampuk pulak dia. Aish.

Aku diam, terus ke peti ais. Ambil air orange juice, pastu minum dengan rakus. Elok nak teguk kali ke 3 tetiba–

"MAKKKKKK!!!!!! ADA HANTU!!!!!" Terdengar jeritan dari bilik adik aku. Aku terus bergegas ke bilik dia. Bukak lampu. Tengok adik aku tengah berbungkus selimut, menggigil. Mak aku dengan kakak aku dah terkejut.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now