Radio

3K 218 3
                                    

Masa tu aku kena kerja malam, tengah layan lagu kat radio, tetiba je radio aku cam hilang siaran kejap

Aku pelik.

Then tak lama lepas tu ada balik siaran.

Aku pun tak fikir apa masa tu, so teruskan je kerja balik

Then aku ke pantry jap nak buat kopi bagi hilang ngantuk. Kerja banyak lagi nak settle ni

Lepas dah buat kopi then aku pergi ke meja aku balik. Elok je duduk atas kerusi tetiba

"Tepat pukul 12 tengah malam..."

Fuck. Terperanjat aku dengar suara dalam radio tu! Sampai aku bangun terus dari kerusi. Aku fikir la, bila masa pulak aku tukar siaran ni? Tadi bukan aku tuning ke lagu english rancak-rancak ke? Ni pahal siaran cerita hantu plak ni. Ah sudah

Aku malas nak pikir banyak. Aku tuning balik ke lagu rancak tadi then aku teruskan buat kerja

Tengah buat kerja, lagi sekali siaran radio aku cam buat hal

"Sewaktu dia sedang membuat kerja... Tiba tiba.. Siaran radionya hilang.."

Lagi sekali aku terkejut dengar suara penyampai radio cerita hantu tu. And aku rasa cam tak sedap badan sebab cerita yang dia ceritakan tadi sama cam situasi aku sekarang

Aku cuba pikir positif. Kebetulan je kot. So aku tuning lagi sekali radio tu dan sambung buat kerja.

Dum!

Tersentak badan aku dengar bunyi tu. Cam dari arah pantry. Bunyi cam pintu kabinet kena tutup cara hempas

Benda apa pulak nak mengacau aku ni... Makin tak sedap badan rasanya masa ni. Sebolehnya dia buat buat tak dengar. Ignorance is bliss. Zzz

"Tiba tiba, kabinet di dapur seperti dihempas oleh seseorang.."

Mata aku bulat pandang radio kat atas meja aku. Macam mana...

"Dan lampu di pejabatnya berkelip kelip seperti dimainkan oleh seseorang.."

Peluh sejuk yang muncul tiba tiba di dahi, dah mulai turun ke dagu. Air liur ditelan. Kesat.

Aku pandang lampu pejabat aku. Masih normal. Nafas ditarik, elok je aku nak hembus nafas cam biasa tetiba lampu di tempat aku berkelip kelip. Sebijik cam penyampai radio tu cakap. Aku dah kaku kat atas kerusi. Taktau nak buat apa

"Dan, sewaktu dia bangun, mahu pergi dari situ, dia terpandang ke arah pantry... Masa tulah.."

Nafas aku dah tak teratur.

"Dia ternampak ada lembaga di pintu pantry sedang memandang ke arahnya..."

What the fcuk. Terus aku bangun dan pandang ke arah pantry. Kosong. Hanya cahaya lampu yang malap je kelihatan di ruang keluar pantry.

"Dan.."

Tanpa membuang masa, aku kemas barang aku, dan matikan radio. Lampu di ruang pejabat je aku tutup, lampu pantry aku biar. Memang tak la nak pergi sana dah.

So masa aku berjalan ke ruang keluar pejabat, aku stop kejap, nak tengok ke arah pantry buat kali kedua, tanpa aku sangka tu sebenarnya tindakan yang bodoh aku dah buat.

Keadaan ni sama macam penyampai radio tu cakap. Memang betul, aku nampak ada lembaga pucat kat pantry tu. Tengah pandang aku. Jantung aku dah laju tahap f1.

"Dan.. Masa dia nak bergerak pergi dari situ.. Lembaga tu menerpa ke arahnya dan menariknya.."

Sumpah. Aku terkejut gila sampaikan kelu takdapat berganjak dari situ. Aku dah tutup kot suis radio tadi. Ya Allah.. Apa aku patut buat..

"Hehehahahahahah..!"

Aku dah tak fikir apa. Aku nak lari dari sini je. Aku pusing dan aku baru nak melangkah ke depan, tiba tiba

"Nak pergi mana tu..."

Suara kat belakang aku buatkan aku terkedu dan lepas tu aku rasa badan aku di tarik ke belakang. Dan gelap.

---

Anyway guys. Majority kata suruh sambung that Ghostnight story, so insyaAllah I'll try my best to continue. Tunggu jela ye sambungannya. Idea dah berkarat nih haha k sayonara 👋🏼

[REALITI] SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang