Wall

3.4K 270 35
                                    

Aku memang tinggal sendirian dekat rumah. Tapi aku pelik sejak dua menjak ni, aku asyik terdengar bunyi dari dalam dinding rumah aku.

Masa tengah makan aku dengar.

Tengah mandi.

Tengah tengok tv.

Paling teruk, masa aku tengah tidur pun aku terdengar.

Satu hari, jam masa tu pukul 1 pagi. Aku terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi dari dalam dinding bilik aku.

Malam tu terasa panas sangat. Aku cuba tengok thermostat suhu kat dinding bilik tu. Takda pulak rosak. Aku tengok pulak aircond, okay je.

Then aku terdengar lagi bunyi di sebalik dinding. Kali ni bunyi tu macam ada orang bernafas. Kuat dengusan dia. Aku cuba cari dari arah mana bunyi tu datang.

Dan aku terdengar bunyi tu makin kuat dekat lubang udara dekat dinding aku.

Torchlight aku ambil.

Dengan perlahan aku berjalan ke arah bunyi tersebut. Aku cuba intai lubang tu tanpa pakai torchlight. Memang gelap la cerita dia.

So torchlight di- on. Aku suluh ke dalam lubang yang ada penghadang tu.

Sedang aku intai, first tu tak nampak apa.

Elok je aku baru nak tutup torchlight, tiba tiba aku ternampak mata. Sedang memandang tepat ke arah aku.

Terkejut gila sehinggakan aku terundur ke belakang.

Nafas turun naik laju.

Dengan pantas aku berlari keluar dari bilik dan terus call polis.

Aku tak berani nak duduk dalam rumah tu jadi aku stay je kat luar sementara tunggu polis.

Selang 10 minit, polis sampai.

Aku ceritakan kesemuanya pada polis.

Polis masuk dan start siasat apa yang berlaku sebenarnya dalam rumah aku.

Aku yang masih dalam keadaan shocked, hanya duduk di luar ditemani beberapa orang polis.

Selepas satu jam menyiasat.

Polis menjumpai seorang lelaki yang tinggal dalam dinding rumah aku.

Semasa lelaki tu ditahan, aku sempat memandang wajahnya. Kelihatan dia juga sedang memandang tepat ke arah aku dan tersenyum. Scary.

Polis datang ke arah aku sambil membawa sesuatu. Sebelum dia menunjukkan barang tersebut, polis tu bagitahu aku, lelaki tu nampaknya memang dah lama berada dalam rumah aku.

Bulu roma aku terus tegak berdiri bila dengar polis cakap.

Aku makin terkejut semasa pihak polis tu menunjukkan barang ditangannya.

Sebuah pistol

Dan juga

Pakaian dalam aku.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now