Ghostnight 2.

3.6K 265 56
                                    

"Haish kau ni! Serious lah Boi!"

Aku baling bantal kecik tepat kena muka si Aboi. Dia tengah gelak tadi, terus senyap.

Pastu dia baling balik bantal tu kat aku.

Sesi main baling-baling bantal bermula. Dan habis selepas 5 minit. Itu pun sebab dua dua lapar, maka dengan itu, kedua dua teruna tu pun berlalu ke dapur.

After 3 minutes.

"So macam mana weh?" Soal Aboi tiba tiba.

Aku yang tengah hirup kuah maggi tomyam tu terhenti jap.

"Kau tanya aku? Mana lah aku tau! Dari tadi aku tunggu idea kau kot. Aduhh!! Sekarang pukul berapa?" Balas aku dengan nada tinggi.

Aboi tak menjawab. Dia hanya halakan jari telunjuk ke arah di mana jam tergantung.

Dah pukul 9:30PM.

"Okay takpa, kejap lagi balik la tu family aku. Sementara tu—"

Kata-kata aku terhenti tatkala terdengar bunyi phone dari dalam poket seluar. Ada message masuk.

iMessage from Adik Sengal

"Weh abang, hari ni kitorang tak balik tau. Esok kot kitorang balik. Pa tak larat nak drive malam ni. K baiii~"

Read at 9:31PM

"What the fu—"

"Oi, asal?" Soal Aboi merenung aku.

"Family aku tak jadi balik." Balas aku lancar.

Muka hampa habis. Habis macam mana ni? Satu satunya harapan aku untuk halau setan kat rumah tu dah musnah.

Muka Aboi pulak, speechless.

"So..." Aboi try mencari kata.

Senyap.

"TAK SEKARANG NI AKU TAK PAHAM– APAHAL PONTI TU TIBA TIBA MUN— ARGHHHH!!"

Tak sempat nak habis cakap, aku dah menjerit dulu dah. Aboi tersedak kuah maggi. Terkejut sia tiba tiba bahu kena sentuh dari belakang. Rupanya abang si Aboi ni baru balik rumah. Siot betul. Kantoi dah penakut cam pondan.

Tapi tak dengor pulak bunyi motor dia.

"Korang ni dah kenapa? Melahap maggi tengah malam. Yang lain mana?" Soal Khai, abang Aboi.

"Hishh! Kau ni! Tiba tiba muncul tu pahal?! Nasib baik aku tak mati— yang lain kat atas ah. Apahal tak dengar pun bunyi motor kau masuk?" Balas Aboi agak kasar.

"Aku matikan enjin masa nak masuk gate. Takut bising. Dah ah, chow! Ben, muka tu takyah pucat sangat." Kata Khai sebelum berlalu.

Aku yang tadi terdiam seribu bahasa, seakan baru tersedar. Serious rasa cam tak guna gila.

"Weh.. Boleh tak aku bunuh abang kau?"

"Pergi ah."

Pisau diambil dari rak. Dan aku berlalu terus naik ke atas dan menuju ke bilik Khai.

Pintu ditendang. Khai yang sedang menukar baju tu terkejut nampak aku dengan pisau. Tanpa membuang masa, pisau dirodok ke perut Khai. Darah membuak buak keluar dari perut dan mulut dia. Aku rodok macam orang gila sampai tubuh Khai dah tak bergerak. Baru aku stop.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now