Empat (2)

4K 264 26
                                    

Amir berjaya sampai ke tempat mengaji mereka. Dekat Masjid. Itu je tempat dia boleh fikir sekarang dalam waktu kecemasan macam ni. Zz.

Dia hanya duduk dekat lantai masjid tu sambil termengah mengah. Penat oi kayuh basikal, nasib baik kaki aku tak terpele'ot terkehel bagai.

Terlihat 3 orang rakannya sedang mengayuh basikal umpama orang gila ke tempat yang sama, lalu Amir memanggil mereka.

"Woi sini sini! Kau nak kemana tu laju laju Zak oii!!" Laung Amir kuat.

Terus Zak berpaling memandang Amir. Begitu juga dengan Zam dan Aizat. Mereka mengayuh basikal ke arah Amir, dan menongkat basikal masing masing.

"Wei setan! Kau cerita sekarang apa jadi!? Kau apehal terus pecut macam tu je!" Marah Zak terus.

"Tah kau ni! Kot ye pun nak pecut bagi la warning dulu, ni tak, terus blah." Bebel Aizat.

Zam hanya diam melihat Zak dan Aizat membebel macam mak dia.

Amir menarik nafas dalam dalam sebelum menerangkan perkara sebenar. Pft.

"Okay okay, relax la. Aku buat camtu bukan suka suka je, ada sebab lah." Terang Amir sambil mengorek hidung. Lalu dikesat kat baju Zak.

"Babi jangan kesat la bodo. Cerita la cepat!!" Arah Zak.

"Sabar jap, taik hidung ni cam tersangkut pulak."

"Aduh setannya perangai. Kenapa la aku boleh dapat kawan cam kau eh Mir? Apa salah aku?" Soal Aizat sambil mengetuk kepala Amir.

Amir gelak kuat. Begitu juga Zam.

"Hahaha! Okay okay, sabar aku nak cerita la ni." Balas Amir.

Zam, Zak dan Aizat hanya diam menunggu ayat seterusnya keluar dari mulut Amir.

"Macam ni, kan waktu kita berhu ha huha tak ingat dunia tadi, aku ada nampak sesuatu.."

Gulp.

Aizat, Zak dan Zam menelan air liur.

[Flashback]

"Hahaha! Bodoo! Kau ingat kau kuat ke? Setakat makan je gelojoh, badan kecik gak! Hahaha!" Zak bersuara di sebelah Aizat. Mereka sedang mengayuh basikal tika ini.

Zam pula disebelah Aizat, cuma Amir sorang je kat depan. Mereka gelak tak ingat dunia masa tu.

Tapi tawa mereka terhenti tatkala Amir tiba tiba brek mengejut.

"Weh korang." Kata Amir. Masa tu, itu saja dia mampu cakap. Lidah dia terasa kelu saat itu. Kawan kawan dia dok bising kat belakang pun dia tak pedulikan.

Dia tau, apa yang dia nampak sekarang, kawan kawan dia tak nampak. Kenapa aku? Why why.

"Aduh. Tak boleh jadi ni, aku kena gerak gak ni." Bisik hati Amir.

"Ya Allah, kau bantulah hamba mu ini Ya Allah." Doa Amir dalam hati.

Takut punya pasal, dia terus pecut dari situ, nasib baik dia sempat jerit kat kawan kawan dia suruh blah. Kalau tak, habis lerr diorang.

Nak tau dia nampak apa?

Amir nampak 5 ekor pontianak, betul betul dekat kubur tempat laluan mereka nak lalu tu. Dia sendiri tak dapat nak imagine kalau mereka lalu kawasan kubur tu, silap silap, habis kena terkam.

Yang seramnya, pontianak tu berdiri tegak je kat sebelah kubur, kubur dorang gamaknya? Pastu renung tajam dekat Amir. Siapa tak seram siak??

Elok pulak masa dia dah start nak pecut tu, pontianak tu terbang nak menghampiri diorang, tu yang dia pecut terus tak ingat dunia. Dia dah siap fikir, kalau termasuk parit ke apa ni, memang dia redha habis. Nasib baik tak jadi apa. Kot?

Kira dah sampai Masjid ni, dia anggap dah selamat la. Fuh.

[End of flashback.]

"Haa, camtu la cerita dia!" Kata Amir.

Amir merenung muka teman temannya. Zak yang dari tadi bising terdiam terus, Zam memang dah bisu. Aizat pulak muka cuak taktahu nak kata apa dah.

"Ye aku tau seram. Tak payah la sampai buat muka camtu Zat, kang ni makan dia kang." Amir nak hayun selipar kat muka Aizat.

Ugutan tu membuatkan Aizat kembali hidup.

"Kau apehal tak bagitahu kitorang awal awal doh! Meremang sial bulu roma aku. Shit!" Adu Aizat.

"Nak bagitahu apa nya? Aku pun cuak gak masa tu, memang aku tak dapat fikir apa dah kecuali  lari je masa tu. Yang korang pun, aku terjerit jerit suruh pecut, dok tunggu lagi apehal? Nasib baik sempat lari, kalau tak, haa." Turn Amir pulak membebel.

"Shit, seram siaa. Weh macam mana sekarang ni?" Zam mula bersuara.

"Macam mana apa?" Zak pun.

"Nak balik lah! Takkan kau nak ikut laluan tadi gak kot!? Ee taknak aku! Dibuatnya ada lagi cik pon tu, tak pasal aku kena terkam." Cabul sungguh mulut Zam.

"Ye tak ye gak. Cemana ni Mir? Nak ikut laluan jauh tu ke?" Soal Zak kembali.

Amir hanya diam memikir.

"Takkan nak ikut laluan jauh tu. Gelap gila kot. Dah la lampu jalan tak repair lagi tu. Weh, stay sini je tak boleh ke?" Aizat memberi cadangan.

"Habis tu, esok sekolah macam mana? Mak aku tu, karang dia membebel pulak kat aku, aduh." Adu Zam.

"Kau lagi cuak dengan mak kau or cik pon yang sedang menanti kau tu?"

"Mak aku!" Jawab tiga kepala tu serentak.

Aizat hanya menjulingkan mata ke langit yang gelap.

"So, macam mana ni?" Soal Zak kembali.

________________

Bersambung...

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now