"Disebabkan Emma Mambong terlampau stress dengan mata pelajaran Prinsip Perakaunan, dia menggantung dirinya di ampaian baju depan biliknya.
Mayatnya hanya ditemui pagi esok oleh pelajar perempuan di hostel tu. Mukanya sangat mengerikan. Lidahnya terjelir keluar, rambutnya kusut masai. Wajahnya pucat sangat.
Sejak itu, hostel tu tak tenteram. Dan ramai kata roh Emma tak tenteram jadi dia ganggu penghuni hostel tu.
Orang kata, kalau kau keluar dari bilik pukul 12Am dan ke atas, kau dapat lah jumpa Emma Mambong...."
"Hah macam tu la cerita dia! Best tak? Hahahaha!" Kata Jojie setelah habis bercerita.
"Peh seram siak!"
"Ye doh! Meremang habis bulu roma aku! Tengok ni!"
"Hostel tu kat mana Jie?" Soal Suraya, salah sorang kawan Jojie kat situ.
Jojie hanya tersenyum nipis. Senyuman dia nampak menakutkan.
"Hostel ni la... Dan.."
Kawan kawan dia dah saling berpandangan antara satu sama lain. Pelik dengan perangai Jojie.
Tiba tiba phone Suraya dapat message.
iMessage from Jojie
"Beb, aku kat luar lagi ni. Maybe balik lambat lagi kot. Jangan kunci pintu oi! Aku tak bawak kunci! Hahaha!"
Read at 12:05AM.
Badan Suraya menggigil. Kalau Jojie kat luar, jadi dengan mereka ni... Siapa...?
"Siapa message tu Suraya?" Jojie masih tersenyum. Kali ni menyeringai. Scary.
"Err aa mak aku. Okay la, aku nak tidur ni. Korang jom tidur cepat!" Suraya menarik lagi dua orang rakannya yang masih blur dengan keadaan sekarang.
"Hihihi awalnya nak tidur~ mak kau yang message ke.. Atau Jojie yang message.. Hihihihihii~"
'Jojie' dah start mengilai.
"Arghhhhh!" Aisyah menjerit lalu pengsan.
Tinggal Suraya dengan Nina je. Mereka saling berpelukan. Kaki mereka tak mampu nak bergerak. Mulut pun sama, nak jerit minta tolong pun tak dapat.
"Kan dah pukul 12 pagi ni~ korang taknak teman aku he~ herrr her."
Jojie dah tukar rupa jadi makhluk paling hodoh dalam alam semesta. Iaitu si Emma Mambong. Rupanya sangat hodoh. Dengan rambut kusut masai, gigi mulut penuh dengan darah, mata hitam takda, muka pucat penuh dengan ulat. Menakutkan.
"Ya Allah ya Allah ya Allah..."
Itu je mampu Suraya lafazkan.
"HAHAHAHHAHAHAHA!"
Kuat ngilaian si Emma dalam bilik tu.
"Jom la teman aku~ jom laa hiahahahahhaha!"
Emma makin mendekati Suraya dan Nina.
"Arghhh!" Suraya dan Nina jerit serentak.
Dan gelap.
Esoknya kecoh satu kampus, tiga orang gadis mati bunuh diri di ampaian.
Tempat yang sama dimana Emma Mambong bunuh diri dulu.
___________________
Hahahahhahahhahahahahahhahaha 😂😂
Taktau apehal rasa kelakor je type cerita ni ahhaha
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...