Kisah berlaku sewaktu aku berumur 10 tahun. Masa tu cuti sekolah, ibu bapa aku terpaksa hantar aku ke rumah saudara disebabkan mereka kena outstation selama seminggu.
Aku suka duduk dengan saudara ibu. Sebab mereka ada anak seusia dengan aku, dua orang. Lelaki. Kami selalu bermain bersama sejak dulu lagi. Lagi satu kawasan rumah dia agak terpencil sikit dan dekat dengan padang yang sangat luas. Jarak antara rumah lain ke rumah lain jauh gak aa.
Jadi petang tu, aku, Adam dan Adi pergi main di padang. Keluasan padang tu membuatkan kami seronok bermain sebab bebas kemana je.
Sedang kami bermain, aku terpandang sebuah rumah berdekatan padang tu. Rumah tu kelihatan usang. Saudara aku cakap, rumah tu sebelum ni ada satu family duduk. Pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki.
Tapi sayang, semua mati dibunuh. Penjenayah tu pun berjaya ditangkap.
Aku agak terkejut dengar cerita dari Adam. Tapi aku anggap ianya cerita rekaannya saja. So aku buat bodo.
Jadi kami meneruskan nak main hide and seek.
Sekarang turn Adam jadi seeker, so aku dengan Adi lari lintang pukang nak cari tempat nyorok. Disebabkan padang ni luas, so tempat nak menyorok tu sangat tipis.
Tiba tiba mata aku terpandang rumah usang tu. Aku tersenyum. Dah dapat tempat best untuk menyorok!
Dengan laju aku lari ke arah rumah usang tu. Masa tu tak fikir apa pun, just fikir nak cari tempat menyorok je.
Masa aku masuk rumah tu. Memang usang gila. Tangga dah buruk. Tingkap dah ada sarang spider. Kotor, berhabuk. Dia punya furniture still ada lagi. Macam sofa, tv lama dan rak kasut. Aku decide nak naik tingkat atas. Bila dah naik, aku ternampak satu almari pakaian. Tak fikir panjang, aku terus masuk dalam almari tu.
Aku tunggu kedatangan Adam. Heh he. Confirm tak jumpa punyalah! Bisik aku dalam hati.
Sedang aku tunggu, aku terasa mengantuk. Tanpa sedar, aku dah tertidur kat dalam tu.
Bila aku terjaga, aku intai celah almari tu, aku tengok keadaan luar dah gelap.
Masa ni aku teringat kembali cerita Adam dan Adi. Jantung aku berdegup kencang saat aku terdengar bunyi sesuatu dari luar almari.
Aku cuba tahan nafas dari berbunyi kuat. Takut.
Badan aku dah menggigil ketakutan. Bunyi kat luar makin jelas. Aku dapat dengar seperti ada orang heret sesuatu. Makin lama bunyi tu makin dekat kat dalam almari aku.
Dari celah almari aku dapat lihat bayang seperti seorang lelaki. Aku terus pejamkan mata, tak sanggup nak lihat lagi.
Tak lama lepas tu, suasana jadi sunyi.
Aku assume yang 'benda' tu dah takda.
Elok je aku nak capai pintu almari, nak keluar. Ada satu tangan memegang tangan aku dari tepi. Pantas aku menoleh.
Seorang budak lelaki, muka hodoh pucat, penuh dengan darah diwajahnya tersenyum amat mengerikan sambil memandang aku.
Aku terkejut. Sangat terkejut. Aku terus menjerit dan berlari keluar dari dalam almari tersebut.
Kaki aku laju turun tangga rumah tu. Semasa nak keluar rumah aku ternampak satu pasangan suami isteri sedang memandang aku tajam dari ruang tamu rumah tu.
Aku terus berlari sampai la kat rumah saudara aku. Syukur akhirnya aku sampai jugak.
Semua orang amat risau dan tanya aku pergi kemana. Mereka fikir aku dah diculik. Aku ceritakan semua benda. Pihak polis yang berada disitu turut terkejut dan terus pergi ke rumah tersebut untuk menyiasat. Takut ada penceroboh lagi.
Tapi apa yang pihak polis bagitahu lepas tu, menghampakan aku. Takda penceroboh pun. Kosong rumah tu. Mereka kata itu semua ilusi aku. Aku tak cakap apa apa dah. Terus naik ke atas bilik.
Tapi tidak kedua saudara aku. Adam dan Adi percaya cerita aku.
Malam tu, Adam bagitahu aku pasal apa yang jadi petang tu. Mereka cakap, semua tempat mereka dah cari aku. Tapi tak jumpa. Kecuali kat rumah usang tu. Semasa diorang nak masuk ke dalam, mereka terpandang tingkap di bilik dimana aku sedang menyorok masa tu.
Dan apa yang mereka bagitahu lepas tu amat mengejutkan aku.
Mereka ternampak, seorang budak lelaki berwajah pucat, sedang melambai ke arah mereka.
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HororHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...