Public phone

606 43 3
                                    

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sila bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus sebelum membaca nya.

Pada satu hari yang nak dekat senja,
Aku dan juga Aina turun ke bawah bahagian lobi untuk membuat panggilan menggunakan public phone. Time ni handphone tak dibenarkan langsung bawak ke asrama ye. Jadi harapan nak lepaskan rindu, pakai public phone je ler.

Sementara aku tengah bergayut, Aina dok berdiri kat sebelah aku, tunggu turn, maklumlah, satu je phone yang boleh pakai, yang lain kena kunci pfft. Warden kedekut. So tengah sedap dok bergayut, tiba duit syiling yang aku nak masukkan dalam lubang phone tu terjatuh.

"Aisey, awak jap eh." Aku letak jap gagang phone tu pastu nak ambik duit syiling yang jatuh tu.

Tiber.

Aku toleh ke arah Aina.

Sial. Takda kaki.

Aku cuba bangun, tapi sumpah, aku tak kuat. Aku takut. Aku pikir cemana nak hadap situasi ni. Dah la nak senja ni, orang tak ramai keluar time ni.

Dah berpeluh sakan, aku cuba baca surah Al Fatihah dalam dok mencangkung tu.

Tiba tiba dari atas aku dengar Aina bersuara

"Baca doa ke tu? Al fatihah- LALALLALALALLALALALLALA~"

Aku terus pitam tak sedarkan diri pastu.

Esoknya, akak senior cerita diorang jumpa aku kat depan public phone, terbongkang dalam keadaan dahsyat sebab air liur penuh kat muka.

Sekian tamat.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now