𝓑𝓪𝓫 1

12.7K 187 3
                                    

HEATHROW Airport, London.

"Akhirnya sampai juga!"

Aku menggeliat dan nafas panjang dihela. Penerbangan selama 13 jam 40 minit itu sungguh membosankan. Badan juga terasa lenguh akibat duduk terlalu lama.

Setelah berjalan keluar daripada lapangan terbang, aku duduk di ruangan menunggu. Mata melilau mencari seseorang. Seperti biasa, lapangan terbang tak pernah sunyi lebih-lebih lagi di kota London.

"Adeera, abang is coming!"

Abang aku, Adam Saiful sedang melambai-lambaikan tangan.

Raut wajahnya terpancar kegembiraan tak terkata. Maklumlah dah setahun tak jumpa dengan satu-satunya adik kesayangan dia.

"Macam beruk! Macam lah lama sangat tak jumpa. Buat malu aku je. Abang siapa entah ni?"

"Long time no see you, my cute little baby girl!"

Adam mendepakan tangan untuk memeluk aku. Dikucup lembut kepalaku yang berlapikkan selendang itu, kemudian kedua-dua belah pipi kiri dan kanan aku dicium. Dia hulurkan pula tangan kanannya untuk bersalam.

"Lama lah sangat." Sempat aku julingkan mata ke atas.

Adam membantu aku menolak troli yang berisi beg bagasi itu. Punyalah banyak barang yang aku bawa macam berhasrat mahu pindah terus ke sini.

Kami berjalan beriringan menuju kereta yang diparkir di luar. Jam sekarang menunjukkan pukul 10 pagi waktu London. Silau mataku saat keluar daripada bangunan ini. Sinaran cahaya matahari seterik ini juga tak mampu mengatasi suhu musim dingin yang sedang melanda. Kena pakai sweater, padding atau winter coat!

"Kau nak makan apa? Mesti lapar kan?"

Gila tak lapar? Aku makan sekali saja di atas kapal terbang tadi sebab nak berjimat.

Cadangnya aku mahu tidur enam jam terakhir sebelum mendarat, tetapi kerana terlalu lapar mataku tak dapat fokus untuk tidur. Yang ada di dalam kepala saat itu hanyalah makanan-makanan yang sedap!

Nasib baik tak meleleh air liur aku bila terkenangkan makanan itu semua. Perutku awal-awal turun dari pesawat lagi dah berbunyi minta diisi. Sudah lah begitu ramai manusia semasa di imigresen tadi. Hampir dua jam juga baru aku dapat keluar dari situ.

"Hmm, aku nak makan apa eh?" Tangan aku letakkan didagu, berfikir.

Kami sekarang berada di dalam kereta.

"Nak nasi ayam penyet!"

Di mana-mana pun aku pergi, memang itu menjadi makanan kesukaanku. Semua orang tahu itu. Bagi aku, hari tanpa nasi ayam penyet tak akan lengkap. Dia punya sambal yang pedas itu. Memang boleh buat menangis kalau teringin tapi tak dapat makan.

Aku menelan liur bila memikirkan kesedapannya. Tak sabar rasanya untuk makan dan kenyang.

"Balik-balik itu aje kau makan, dik? Itu dekat Malaysia kan banyak? Kau tak makan ke dekat Malaysia?"

Ingatkan datang London nak makan makanan western, ini makanan Melayu juga yang aku minta.

Adam menggeleng beberapa kali.

Tak susah pun nak cari makanan halal di sini kerana dah banyak restoran halal yang berada di sekitar London. Populasi orang Islam juga bertambah ramai pada setiap tahun.

"Ala bolehlah, nak makan tu. Dekat Malaysia makan, tapi dekat sini pun nak jugak. Hehehe!" Aku sengih sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit di pipi.

Mata dikelip-kelipkan beberapa kali. Meminta simpati dan pujuk rayu. Aku tahu dia akan bagi juga walaupun tak buat gaya seperti ini. Sengaja, suka hati aku lah nak bermanja dengan abang sendiri!

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now