𝓑𝓪𝓫 56

2.3K 84 1
                                    

SUASANA diluar gelap. Mungkin baru pukul 5 atau 6 petang. Aku teruskan larian tanpa menoleh kebelakang.

Sesiapa saja yang melihat aku sekarang ini mesti fikir yang aku bukan manusia kerana rambutku yang terurai dengan baju blouse putih yang separas lutut. Kalau dilihat dari jarak jauh, orang akan ingat aku pakai blouse sampai kaki kerana terhalang oleh rerumput yang ada dikawasan ini.

"The Raw! If I found you, you will be dead in my hands tonight! Do make me!" laung Abraham dari jarak yang agak dekat.

Aku masih berada dekat dengannya. Tapi, dia tak nampak aku kerana aku berselindung dibalik pohon yang besar.

Penat berlari aku terpaksa rehatkan diri dipohon ini. Mujur juga daun di sini tinggi macam lalang. Dapat juga aku sembunyikan diri. Aku tak mengenakan sebarang pakaian sejuk.

Tangan dan kakiku hampir tidak terasa. Aku genggam kedua tangan dan tiup perlahan-lahan. Memberi haba kepada jari yang kian hilang deria akibat terlalu sejuk.

Pedih.

Sedang aku tiup-tiup tangan, aku terperasankan cincin silver berbatu angsa disalah satu jemariku mengeluarkan cahaya berwarna merah. Kecil saja.

Lampu apa kelip-kelip dekat cincin aku ni?

Lama aku tenung.

Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Entah-entah ini gps tak? Yang boleh kesan di mana keberadaan aku? Siapa yang bagi ini? Edward bagi ke aku beli sendiri? Takkan lah aku nak letak gps dekat diri sendiri?

Pelik.

Ah, tak penting semua itu! Sekarang ini mana jalan keluar? Kenapa tak nampak apa-apa dekat sini? Tony tipu aku. Ini bukanlah tanah perkuburan seperti yang dia cakap. Ini cumalah hutan tebal yang berada di London. Pohonnya semua tinggi dan besar-besar.

Aku sedikit lega mengetahui hakikat itu. Sekurang-kurangnya aku tak perlu takut kalau terpijak atau terbaring dikubur orang.

Tegak bulu roma.



"THERE you are!" sergah Abraham dari belakang. Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini? Aku ingat dia dah pergi sebab dari tadi diam saja.

Tubuhku sedikit tersentak dengan sergahan itu.

Matilah aku nak lari mana ini?

"Now you can't run, girl." Dia bergerak ke depan.

Fikir, Adeera! Fikir!

Walaupun dalam keadaan yang maha takut. Aku tetap tunjuk berani. Aku tahu dia tahu yang aku takut sebab memang seluruh tubuhku menggigil. Lebih-lebih lagi dia ada pegang aku tadi.

"No! You're wrong! Later, we'll be found out by the police and you gonna root in jail, together with your friend!"

"How come you're so sure about that, huh?"

"I know, Allah will help me no matter what! I believe in Him!"

"Cut the nonsense. No one gonna know where you are. I already asked Tony to burn every of your belongings just now." Mataku sedikit meluas.

Apa? Dia dah bakar semua barang kepunyaan aku? Termasuk telefon aku yang mahal itu? Ini memang dah lebih. Belum sempat aku bergerak, Abraham menghampiriku.

Dia pegang daguku dan didongakkan supaya memandang wajah bengis dia. "Just let me do this first."

Tiba-tiba dia pejam mata. Eh, apahal pula dia ini? Ini tak lain tak bukan mesti nak cium aku! Jangan haraplah. Dah lah mulut busuk!

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now