TOK. Tok. Tok.
"Along, bila kau nak bagi aku ambil alih tempat duduk kau tu? Kau sepatutnya dah bersara. Berhijrah ke kampung kelahiran wife kau." Tanpa dipelawa, Evian duduk di kerusi berhadapan Edward.
"Macam bukan tempat lahir kau je."
Hari itu, Edward ada beritahu Evian bahawa dia ingin pulang ke Malaysia dan membuka cawangan Brian Empire di sana. Itu yang dia tanya.
"Aku sibuk ni. Banyak benda nak kena settle. The project this time is six months long."
"Kau tu dah master ke selok-belok company ni?" sindir Edward. Dia tersenyum sinis. Mejanya bersepah dengan kertas-kertas kerja.
"Aku tengah belajar lah ni." Evian menyilangkan tangan di dada. Sebelah kakinya menindih peha kanan. Dia bersandar pada kerusi.
"After this, kau kena follow every meeting yang aku pergi. Kau ganti Hadi sekejap. Dia tak ada. Aku hantar balik Malaysia dah." Hampir terjatuh rahang Evian, bila Edward kata yang Hadi tak ada. Habis itu siapa yang uruskan jadual abang dia selama ini? Memang power betul lah.
"Dah tu siapa yang uruskan jadual kau selama ni?"
"Aku lah." Sekali lagi Evian ternganga. Edward memang workaholic. Tak macam dia, banyak main saja. Tapi, kalau disuruh bekerja, automatik dia berada di dalam mood serius. Evian sangat pandai mengendalikan masalah.
Nampak saja playful, tapi bila bekerja dia profesional. Walau apa-apa pun, tetap tak boleh kalahkan abang dia.
"Don't worry. Aku akan ajar kau macam mana nak deal dengan client. Kau layak position tu je dulu sekarang. Aku akan tengok performance kau. Jangan nak banyak main sangat. Tengok-tengok, aku bagi Bella je nanti." Sekali lagi dia senyum sinis kepada Evian di depan.
"Bella tu masih bayi mentah. Habis lah kalau kau bagi dia!" Meja di depan diketuk.
"Daripada bagi kau."
Evian berang. Dia berdiri sambil jari telunjuk menunjuk ke arah Edward.
"Kau tunggu, I will show you." Dia mendengus geram. Evian berazam akan jadi orang yang paling Edward harapkan. Walaupun sikap budak-budak dia itu tak boleh nak dibuang sepenuhnya.
"I'll wait for that day, Ian." Edward mengangkat tabik kepada Evian. Sengaja dia buat begitu supaya Evian rasa tercabar.
Cara untuk meningkatkan prestasi dia, begitu lah. Dia tahu Evian mampu. Cuma buat masa sekarang belum lagi. Projek yang dia sedang kendalikan ini agak besar. Edward mahu dia sendiri yang melihat prosesnya dari awal sehingga akhir.
JAM menunjukkan pukul lapan malam. Aku baru sampai ke rumah setelah seharian berada di universiti menyiapkan Final Year Project. Dah masuk sebulan di semester akhir. Aku pun makin sibuk.
Nak makan pun tak sempat. Ini pun aku balik nak mengambil barang untuk di bawa ke rumah sewa, lebih dekat dengan universiti. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
"Deera baru balik? Tidur sini ke malam ni?" tegur ibu di ruang tamu. Dia sedang mengaji bersama ayah. Begitu lah, rutin harian mereka selepas solat Maghrib.
"Ye, ibu. Deera tidur sini. Ada cuti empat hari. Ingat nak balik rumah sewa. Tapi, dah lama tak balik rumah ni. Deera tidur lah tiga malam. Lepas ni, tak tahu lagi bila boleh balik."
Selesai mengucapkan itu, aku terus berlari ke bilik yang berada di tingkat dua. Belum solat Maghrib lagi. Tadi, jalan jem.
Sesampai di bilik, aku segera membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Kemudian, sambung solat Isyak pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...