SEPERTI yang dikatakan Edward tadi, aku harus menunggu dia habis mesyuarat. Dia memberi kebebasan untuk aku berjalan-jalan disekitar pejabatnya. Hanya di aras pejabat dia memandangkan tingkat itu cuma ada bilik dia dan juga penthouse miliknya.
"Dia selalu tidur sini ke sampai ada rumah?"
Sifat ingin tahu aku sangat kuat. Aku membuka pintu besar penthouse milik Edward. Dia tak mengunci rumah ini hanya untuk bagi aku masuk. Pintu itu menggunakan face id dan cuma Edward dan Hadi yang boleh akses ke dalam.
Rekaan dalamannya sangat eksklusif dan moden. Dinding dan perabot rumah ini bertemakan hitam dan putih. Kenapalah dia suka sangat warna hitam? Tak ke malap saja suasananya? Kalau putih kan cerah sikit lepas itu rasa macam lapang lah juga.
Di dalam penthouse ini ada kolam renang. Tertulis di pintu masuk dan di tepi-tepi kolam 'Beware 3 Meters Deep!' Lagi aku pelik, buat apalah kolam dalam-dalam macam ini?
Tinggi dia pun nak dekat dua meter. Lagi satu meter setengah itu nak buat apa?
Patut bina kolam cetek saja untuk aku yang rendah ini.
Kau berniat nak tinggal sini ke, Adeera?
Aku terokai seluruh kawasan rumah ini, sangat besar dah macam rumah banglo sebuah-sebuah. Macam ini rupanya rupa dalaman penthouse. Mungkin saiz biasa sebuah penthouse mewah biasa-biasa saja, Edward punya yang terlebih sangat.
Aku masuk pula ke dalam bilik kerja dia. Ruangan itu seperti menyeru aku untuk masuk ke dalam. Rekaannya lebih kurang ofis dia tapi lebih selesa dan tak perlu pakai kasut.
Aku buka laci yang ada dimeja kerjanya. Satu apa pun aku tak faham mengenai selok-belok syarikat dia. Tak ada apa-apa yang menarik di situ. Semua kertas dan fail kerja yang disimpan kemas.
Dibelakang meja itu ada almari besar yang menempatkan trofi dan sijil kejayaan dia. Banyak yang telah dicapainya diusia muda. Sedikit sebanyak aku bangga.
Setakat ini aku masih belum jumpa gambar kahwin kami. Aku jadi kecewa sebab tak jumpa lagi apa yang aku cari. Mungkin dia simpan dirumahnya. Mataku tertumpu pada satu trofi besar yang sangat berkilat di almari kayu bilik itu. Oleh kerana terlalu tinggi, aku terpaksa jengket sedikit.
Susah sangat nak capai akhirnya aku mengalah. Lebih baik aku keluar dari sini. Nanti tak pasal-pasal pecah pula trofi itu. Dah satu hal tak boleh ganti kerana aku baca dibawahnya ada tulis London. Trofi itu daripada London.
Begitu lama aku menunggu Edward, waktu Asar pun masuk. Aku ingin segera solat sebelum Edward pulang ke sini. Tapi sekarang ini arah kiblat dan telekung pun aku tak tahu di mana. Entah ada ke tidak telekung di sini.
Aku buka iPhoneku yang berada di tangan.
"Encik, maaf ganggu. Saya tak ada niat nak kacau. Saya cuma nak solat tapi saya tak tahu kiblat dan telekung dekat mana. Saya tak tahu nak tanya siapa. Sorry again."
Lima minit.
Masih tiada jawapan. Dia belum habis mesyuarat lagi lah itu.
Baru saja aku berura-ura bangun dari sofa, bunyi notifikasi membatalkan niatku. Tertera nama Edward Aydeen diskrin telefon. Nombor dia aku memang dah ada dari awal-awal bangun dari koma. Nama dia pun aku simpan formal. Boleh jadi aku tak suka pun dekat dia dulu, kan?
"Abang naik sekejap lagi. Five more minutes to end this boring meeting."
Orang berjaya macam dia pun rasa mesyuarat itu membosankan. Apatah lagi orang tak berapa nak berjaya macam aku ini. Jalan-jalan dalam rumah besar ini pun dah cukup buat aku bosan.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...