𝓑𝓪𝓫 3

3.9K 152 1
                                        

SEAWAL jam 10 pagi lagi aku dah keluar. Aku memulakan hari dengan sarapan di sebuah kafe. Cuma 20 minit berjalan kaki daripada rumah Adam.

Baguslah, jimat duit.

Aku memesan Spaghetti Carbonara dan Hot Chocolate. A good way to start a day! But, not so good start for me today sebabnya aku tertinggal purse!

"Alamak, aku tertinggal purse ke? Macam mana nak bayar ni?"

Muka aku dah pucat memikirkan bagaimana nak membayar makanan yang baru dipesan tadi. Habislah aku kena cuci pinggan dekat sini ke macam mana?

"Ehem..." Bunyi berdehem dari belakang itu menambahkan lagi rasa kecut dalam diri. Aduh! Orang belakang nak order. Macam mana ini?

"Excuse me, can I order? I will pay for this lady too." Satu suara garau yang datang dari arah belakang itu mengejutkan aku.

Melopong sebentar tatkala melihat wajah lelaki itu. Macam mana boleh terjumpa dia lagi hari ini? Memang malang betul nasib aku.

"No. It's okay sir!" Laju aku menolak tawaran dia. Aku berdiri betul-betul dihadapan kaunter. Menghalang lelaki itu dari membayar.

Semalam, aku bergegas tinggalkan dia di galeri setelah aku beritahu yang aku cuma pelancong di sini. Dengan alasan ada hal penting di rumah. Aku fikirkan itulah kali terakhir kami bersua muka. Tetapi, sangkaanku meleset!

"Do you want to wash the dishes here, miss? Hurry up please! I have to go to work after this." Macam mana ini? Nak terima ke pertolongan dia? Kalau tolak, aku dah order. Kalau terima, lepas ini aku kena jumpa dengan dia lagi lah?

Perlahan-lahan aku bergerak ke tepi, memberi laluan lelaki itu untuk buat pembayaran.

"Go and find a seat. I'll come in a moment."

Melihatkan aku yang hanya pegun itu, dia bersuara perlahan. Masih sopan, tetapi tetap membuatkan aku tersentak.

Aku hanya mendengar arahannya. Lambat-lambat aku jalan sehingga lelaki tersebut dah berjalan mendahuluiku menuju ke sebuah meja yang berada di hujung kafe, agak terlindung daripada orang ramai.

Aku terkebil-kebil ditinggalkan dan berlari kecil mengejar langkah dia.

"You may sit, miss."

Mata lelaki itu memandang aku tak berkedip. Dah kenapa tenung aku macam itu? Dia memang suka tenung aku ke? Dari di restoran itu lagi.

Perlahan-lahan aku duduk.

"Err, thank you. Later, I will pay you back. How do I pay you?" Setelah lama berdiam, aku akhirnya bersuara memecah kesunyian di antara kami. Boleh pula lelaki itu diam saja pandang aku. Dah macam cacing kepanasan aku dibuatnya.

Dah lah hensem, kacak dan bergaya!

"No need to pay."

Dia menegakkan tubuh, bersandar pada kerusi. Tangan disilangkan ke dada. Lelaki itu kemudian membuang pandang ke luar.

"B... but, you don't want your money back?"

Dia ketawa kecil. Kami bukan rapat mana pun.

Masuk kali ini, baru kali ketiga kami berjumpa tanpa sengaja. Selalunya, mesti orang nak semula duit. Dia ini tak nak pula. Tapi tengok gaya dia, macam orang kaya. Apalah sangat setakat 23 pound bagi dia.

Celah tahi gigi saja.

"Our food is here."

Tak dihiraukan pertanyaan aku. Sakit pula hati kita. Lelaki itu terus menikmati sarapan paginya.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang