𝓑𝓪𝓫 6

3.5K 141 2
                                    

"EDWARD sini sekejap, dekat mama."

Dia berjalan perlahan ke arah Puan Aliya yang sedang duduk di atas kerusi di kolam renang. Edward baru pulang dari menghantar Adeera.

"Why, mama?" Punggung dilabuhkan di kerusi sebelah Puan Aliya.

"Edward umur berapa sekarang, sayang?" Dah macam tanya budak kecil pula.

"27, why ma? Just straight to your point, please." Nafas dihela. Buang tabiat ke mama ini? Tak pernah-pernah tanya begini. Dah lah tadi kena ignore dengan Adeera sebab tak faham apa yang dia cakap. Ini balik rumah pun kena berteka-teki lagi?

Kalau tak dapat jawab betul, agak-agaknya mama merajuk juga ke?

"Do you want to get married?"

Soalan yang langsung tak terlintas dek akal fikiran Edward sekarang. Kahwin? Dia belum pernah terfikir lagi tentang semua itu. Lagipun, dia tak berminat untuk menjaga hati orang lain.

"I'm still young, mama." Bila perihal kahwin, tiba-tiba usia 27 masih muda.

"Muda apa, 27. Dah tua bangka. I know you would say this."

Puan Aliya memukul lengan Edward yang berlapik kemeja putih. Biasa Edward akan pulang jam 10 malam. Tetapi hari ini lewat pula anaknya pulang, jam 12 malam.

"Mama nak Edward buat apa? Uruskan syarikat papa? Edward dah buat. Balik pukul 10 malam? Edward buat even sometimes late. But why married, ma? I can't."

Tangan meraih jari-jemari Puan Aliya. Digenggam kemas tangan tua itu di dalam tangan besarnya. Lembut saja bait bicara yang dikeluarkan. Memujuk Puan Aliya supaya batalkan saja niat untuk mengahwinkan dia.

"Ni mama nak kahwinkan kamu dengan anak kawan baik mama. Anak dia cantik. Edward tak nak ke? Cuba tengok dulu gambar dia."

Puan Aliya memancing anak terunanya. Dia mengerdipkan mata beberapa kali.

"Okay, let me see her picture first. I want to see, if she is worth to marry with..." Malas mahu bergaduh dengan Puan Aliya. Diikutkan saja dulu. Bukan betul pun kadang-kadang. Lama-lama nanti, diam lah mamanya itu.

Telefon di atas meja dicapai. Gambar anak dara Puan Masyitah dicari. Baru sebentar tadi Puan Aliya berborak dengan Puan Masyitah melalui panggilan video, sahabat baiknya yang tinggal di Malaysia.

Setelah gambar yang dicari dah dijumpai. Telefon bertukar tangan. "This."

Puan Aliya dah tersenyum. Kedua-dua tangannya di genggam erat sambil diletakkan di bawah dagu. Menunggu reaksi Edward.

"Which one, ma? There's so many people in this picture."

Edward melepaskan nafas berat. Kut ya pun mama nak kahwinkan dia dengan anak kawannya itu, seorang saja sudahlah. Dalam gambar ini ada lebih 10 orang. Tak nak dia kahwin empat!

"Ini. Cantikkan, sayang?" Jari telunjuk Puan Aliya tertuju pada seorang gadis yang sedang tersenyum manis di dalam gambar. Dia mengenakan tudung berwarna biru cair. Nampak sangat bahagia gadis itu. Mata Edward terus membulat besar. Terkejut.

"What's her name, mama?" pantas kepalanya memandang Puan Aliya.

"I know your will love her too. Isn't she's too gorgeous? Adeera. Adeera. Sofiya. Cantikkan nama dia? Macam orangnya juga." Satu persatu nama gadis itu disebut.

"What a small world." Bibirnya menguntum senyum lebar.

"Eh, kita tengah bercakap dengan dia lah. Termenung pula dia. Tahu lah cantik Adeera tu!"

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now