𝓑𝓪𝓫 79

2.9K 88 2
                                        

WAKTU tetamu yang terakhir merenjis tepung tawar padaku. Mereka ajak bergambar dan aku terpaksa berdiri. Tapi, entah kenapa kepala aku terasa berpusing.

"Abang, Deera pening. Rasa nak pengsan."

Muka Edward tak usah dikata. Terkejut mengalahkan beruk. Cepat-cepat dia paut bahu aku. "Deera kenapa tak sihat ni? Ada salah makan ke? Semalam tidur lewat... ah, malam tadi sayang tidur awal. Hm, betul-betul tak larat sangat ke?"

"Deera tak tau. Abang, kalau okey Deera tak cakaplah. Abang tamatkanlah majlis ni cepat. Tak larat sangat dah ni." Aku merayu.

"Ya Allah, mana boleh sayang. Memang tak boleh tahan ke?"

Aku geleng. Muka dah nak menangis. Orang kata tak larat, tak larat lah! Ini nasib baik tak sihat. Kalau sihat nak kena!

Aku cepat-cepat pegang lengan Edward di sebelah. Bukan setakat pegang. Tapi, aku genggam kuat.

"Adeera, awak okey ke?" tanya tetamu yang ajak bergambar tadi. Tengok? Mungkin muka aku terlalu pucat sampaikan pakai solekan tebal macam ini pun mereka boleh tahu aku tak sihat.

Aku sengih kelat.

"Sikit je kak," jawabku. Sejurus mengatakan itu...

Dunia aku terasa sangat berpusing.

Dahi berpeluh.

Mual.

Pandanganku kabur dan perlahan-lahan...

Gelap.



AKU bangun dalam keadaan pening yang teramat sangat. Baru nak buka mata rasa macam kepala kena tembak. Selepas itu, bunyi berdesing di telinga menyebabkan sakit kepala ini semakin parah kuatnya.

Aku pegang kepala sambil berdesis.

Aku cuba juga meneutralkan kembali pandangan mata. Perlahan-lahan aku dapat melihat apa yang ada di depan mata. Perkara pertama yang aku nampak ialah siling berwarna putih.

Aku rasa aku dah dapat agak.

Mana suami aku?

Aku baru teringat sesuatu. Tangan naik meraba setiap inchi tubuh. Aku kekal baring sebab aku tahu kalau bangun mesti pening. Tadi, aku di majlis sanding. Macam mana dengan majlis itu? Apa dah jadi?

"Deera dah bangun, sayang?" Rupanya Edward ada saja dekat tepi sofa di ruangan itu. Dia tidur tadi.

"Abang, macam mana dengan majlis kita?" Lengan sasa berotot dia, aku pegang.

"Okey je. Semua orang dah balik masa tu. Jadi, okey je."

"Hah? Apa abang cakap ni? Cakap lah betul-betul!"

"Betul lah tu. Mana ada abang main-main."

"Ish, main-main lah dia ni! Annoying gila. Dah pergi sana!" Aku pukul lengan Edward. Habis merah biseps dia.

"Itulah, kebelakangan ni abang perasan sayang macam pelik je. Rupanya, hari ni baru abang tahu punca. Macam tu eh, sayang? Nasib baik suami Deera ni, Edward Aydeen. Penyabar, penyayang, kaya."

Dahi aku kedut seribu.

Dah kenapa puji diri sendiri pula ni? Punca? Puncanya apa?

Sekarang tersengih maco pula sambil tangan masuk dalan poket seluar tracksuit dia.

"Abang ni kenapa? Kita dekat hospital gila ke? Tunggu! Siapa yang tukar baju saya?"

"Mestilah, ab..." Aku mual dan tutup mulut dia. Dah kenapa pula aku pergi tutup mulut dia? Sepatutnya aku tutup mulut sendiri. Lalu, aku terus meloloskan diri ke dalam tandas. Sinki? Nanti sumbat. Aku duduk di lantai dan halakan muka ke dalam mangkuk tandas.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang