𝓑𝓪𝓫 21

2.8K 112 1
                                    

"MENGELUH berat nampak? Gaduh dengan bini ke tu?"

Siapa laagi kalau bukan Evian yang mengusik Edward. Di dalam hidup dia, tiada siapa yang berani bergurau sebegitu melainkan Evian Afreen.

Oh, ada lagi seorang manusia bernama Hadi.

Hadi ada juga bergurau. Tapi tak ada lah bengap macam Ian ini. Boleh sakit jiwa melayan. Edward angkat kepala, dia jeling tajam Evian yang baru saja melabuhkan punggung di depannya.

"Itu lah, aku suruh bersara dari London tak nak. Tengok bini kau merajuk dah. Lama-lama nanti dia lari dari kau tahu lah. Haa, aku tak tahu. Ayok!"

Edward tutup mata. Dia sedang menahan sabar. Nak dibelasah, sekarang di pejabat. Nak diterajang, nanti satu hal pula nak menjawab dengan mama. Akhirnya, dia hanya pejamkan mata.

"Better kau blah sebelum aku pecat kau. By the way, dia bukan merajuk. She's a bit unwell nowadays."

Dingin kata-kata yang Edward lontarkan. Mata masih terpejam rapat.

"Sampai hati nak pecat satu-satunya adik lelaki kau ni, long. Aku ni tak ada apa-apa makna ke dalam hidup kau?"

Bunyi tangisan terbit dari bibir Evian. Tangisan palsu semestinya. Saja nak berdrama. Tegang saja memanjang, kena lah bagi ceria sikit.

"Company dekat Malaysia dah nak siap. Bulan depan aku nak pergi tengok progress. Projek aku dekat sini dah settle. Kau dah boleh bersedia. Kalau kau gagal, aku tak akan teragak-agak buang kau."

"Ooo, yeahhh! Cepatnya projek kau siap. Kata 6 bulan?" Sebelah tangan Evian naik ke atas dan digenggam ke bawah. Tanda seronok. Hooray!

"Kerja aku tiptop. Tak main-main macam kau."

Edward tuding jari ke arah Evian. Membulat mata dia. Eh, eh, eh! Ikut sedap mak bapak dia saja kata Evian banyak main.

Tapi, memang betul pun hahaha!

"Bila kau nak pergi?"

"Tak tahu lagi. Yang penting bulan depan. Aku kena siapkan dulu apa yang patut dekat sini. Tapi aku ingat habis kerja sekejap lagi aku nak balik Malaysia sekejap lah, seminggu."

Butang paling teratas di kemejanya dibuka. Nak tercekik bila butang sampai atas. Biasanya, di pejabat dia tak memakai kot dan tali leher.

"Bapak cepat! Nak tengok company baru ke, tak sabar nak jumpa bini?"

"Tunggu! Tunggu! Apa dia kau cakap tadi? Kau nak balik Malaysia lepas ni?" Ternganga mulut Evian bila dia sedar akan kata-kata abangnya itu.

"Yes, kau ni loading betul. Aku dah cakap lama dah baru sedar."

"Otak aku busy tadi. Habis tu? Company macam mana?" Evian dah tak senang duduk dibuatnya. Ini betul-betul kejutan ini!

"I give it to you to handle it. Accept my challenge?"

Evian genggam penumbuk. Rahang diketap. Bukan marah pada Edward. Tetapi dia rasa tercabar bila Edward mencabarnya sebegitu. Biasalah lelaki kan pantang dicabar.

"Accepted!"

"Good. This is not real one. Just chill." Edward tepuk bahu Evian.



AKU menggeliat di atas katil. Jam di handphone aku kerling. Selepas subuh, seperti biasalah bila cuti mesti sambung tidur semula. Maklumlah cuti, manfaatkan masa yang ada dengan qada' tidur-tidur yang tak cukup sebelum ini.

Kepalaku ada masanya sakit. Ada masanya tidak. Malam tadi aku muntah. Tapi aku tak beritahu sesiapa. Aku mula fikir, benarkah apa yang dikatakan oleh Doktor Aiman tempoh hari? Betul ke ada ketumbuhan di otakku ini?

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now