TERGESA-gesa aku ingin keluar dari kelas. Fakhira dan Hanan pelik melihatnya. Apa yang nak dikejar itu? Tak lari pun rumahnya.
"Aku tau lah kau dah ada suami tunggu dekat rumah, tapi tak payah lah gelojoh sangat sampai macam ni, Deera." Hanan bersuara. Mengusik.
Ya, mereka dah tahu tentang statusku. Reaksi mereka? Dah tentulah terkejut beruk! Ini semua gara-gara tempoh hari Hanan ada perkara penting yang nak dibincangkan denganku. Jadinya dia menelefon aku banyak kali sampai dijawab.
Pada mulanya Edward enggan menjawab kerana dia tahu yang status kami masih rahsia antara kawan-kawan aku. Tapi bila telefon itu tak henti-henti berbunyi, dia terpaksa angkat dan beritahu bahawa aku kurang sihat dan sedang tidur ketika itu.
Rasa nak high-five dahi sendiri ke dinding bila Edward beritahu aku!
"Bukan lah. Suami aku datang ambil aku hari ni. Tu kena cepat. Aku tak nak orang nampak. Kalau lambat nanti dia masuk dalam cari aku. Lagi la timbul hal lain," jelasku jujur.
Aku cuma tak nak pelajar lain tengok ke arah kami nanti. Tahu lah kereta Edward macam mana. Jarang-jarang kereta macam itu masuk ke kawasan universiti, sudah tentu menjadi tumpuan ramai.
"Kenal kan lah dekat kita orang. Kita orang nak juga tengok laki kau depan-depan. Lepas tu dia pun boleh kenal aku dengan Khira." Hanan cuba memancing aku.
"Hari tu kan kau orang dah tengok dia. Dah kenal lah tu."
"Ya Allah, Ya Tuhanku, Adeera Sofiya! Itu kita orang je kenal dia. Laki kau tak kenal kita orang ni. Tengok dalam fon mana sama!"
Hanan pukul bahuku. Kuat tak kuat, terundur kebelakang juga dibuatnya.
"Boleh la, Deera. Kali ni je, lepas ni mesti dah tak ada chance nak kenal suami kau."
"Iya, saja nak tunjuk muka depan suami kau je. Biar dia kenal siapa bestfriend isteri dia." Fakhira memaut lenganku. Selepas itu, kami bertiga berjalan beriringan mengikuti langkah kakiku.
"MANA suami kau? Jauh betul parking. Dah datang ke belum?" Fakhira dah tak sabar dibuatnya. Tadi nampak gaya macam dah terlambat sangat. Ini batang hidung pun belum muncul lagi.
"Kejap lagi sampai."
Beberapa minit kemudian, tibalah sebuah kereta Audi RS e-tron GT di hadapan kami. Hanan dengan Fakhira dah tercengang.
"I... ini ke weh?" Hanan gugup. Fakhira disebelah pula mengangguk menandakan dia juga menyoal hal yang sama.
"Yalah siapa lagi." Aku bangun dan mengetuk cermin pemandu dan memberi isyarat supaya Edward keluar dari kereta. Tanpa banyak bunyi, lelaki itu pun mendengar saja apa yang aku arahkan.
Penuh bergaya dia keluar, menarik perhatian beberapa ketul manusia yang lalu lalang di situ. Aku tarik lengan kekarnya supaya lebih dekat dengan mereka. Aku dongak seketika memandang Edward yang memakai kaca mata hitam itu. Kereta dah gelap, pakai lagi cermin mata hitam?
Entah nampak ke tidak?
"Awak, buka la cermin mata tu." Edward hanya menurut.
"Awak... ni kawan baik saya. Yang ni Hanan. Yang ni pula Fakhira. Kita orang kawan dari sekolah menengah lagi. Hanan, Khira, ni husband aku, Edward."
Berbunga hati Edward tatkala mendengarkan perkataan 'husband' meniti dibibirku. Dia tersenyum lebar.
Please jangan senyum macam itu abang! Tengok dua orang manusia depan aku sekarang ini dah tersipu malu! Nak kena ke dia ni?
"Kenapa awak senyum? Cakap la hai ke apa ke dekat kawan saya ni." Aku pukul bahu Edward. Lelaki itu tersentak sedikit kemudian bersuara.
"Oh, kawan Adeera. Nice to meet you guys."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...