SEJAK awal pagi tadi, aku menunggu ketibaan Adam. Seperti yang Edward beritahu semalam, Adam akan datang selepas pulang kerja. Dah lama tak jumpa abang kesayangan. Rindu juga lah.
Sekarang dah pukul 5:30 petang. Waktu kebanyakan orang pulang dari kerja di sini. Rasanya lebih kurang waktu Malaysia saja. Aku dah tak sabar nak jumpa Adam.
"Abang, tolong ambilkan tudung warna lilac dekat dalam almari. Shawl." Aku tengah duduk di katil. Edward pula tengah buat kerja dia dekat sofa di dalam bilik itu.
Edward masih sibuk. Sangat sibuk sampai semua kerja-kerjanya dibentangkan di lantai dibilik kami. Dia tak nak buat kerja dibilik kerjanya kerana takut kalau aku panggil dia tak dengar.
Setiap kali aku meminta tolong atau waktu aku untuk bersihkan diri dan solat, Edward mesti ada. Dia seolah-olah tak sibuk. Seolah-olah tak ada kerja yang perlu dia lakukan.
Kadang-kadang aku kesian juga dengan dia. Sejak datang ke London, tidurnya kurang kerana menyiapkan projek selama dua minggu tempoh hari. Dia bertungkus lumus menyiapkan semua kerjanya betul-betul dalam masa dua minggu itu sahaja.
Sekarang ini dia menguruskan projek di Malaysia pula.
"Deera tudung ni kedut sangatlah. Abang gosokkan dulu nak?"
"Eh, kedut ke? Tak apalah. Tak payah gosok. Abang ambil tudung lain yang tak kedut. Tudung sarung pun boleh lah. Ada tak?"
"Tudung sarung? Abang rasa baru je letak dalam mesin basuh tadi. So, tak ada. Tudung kedut je tinggal. Abang gosokkan sekejap, okey?"
"Tak apa. Tak payah. Bagi je tudung kedut tu."
Edward berkeras nak gosok juga tudung aku.
"Abang, tak payahlah gosok. Meh sini!" panggilku sedikit lantang.
Orang cakap jangan gosok, degil juga nak gosok. Duduk dalam rumah saja bukannya pergi candle light dinner atas rooftop kena pakai dress lawa-lawa.
"Ye, kenapa ni? Sakit ke? Jom, meh kita pergi hospital sekarang. Muka Deera merah dah."
"Ish bukan. Deera marah dekat abang." Berkerut dahi Edward.
"Marah abang? Kenapa? Baru je beberapa saat tadi elok je? Abang buat apa kali ni?"
"Buat-buat pekak..."
"Buat-buat pekak apa pula ni, sayangggg? Abang dengar lah. Yang mana satu sayang cakap tadi. Abang lupa lah tu."
Dia duduk di birai katil. Muka dah serba salah. Mata dibuat-buat comel pula. Nak kena ke? Ingat aku cair?
"Deera cakap ambil je tudung yang kedut tu. Deera nak pakai dalam rumah je. Abang tak perlu nak susah-susah gosokkan. Adam je pun yang datang."
"Oh pasal tu. It's okay my dear. Biarlah abang buatkan. Selama ni Deera yang tolong iron semua baju-baju abang. Sikit pun Deera tak mengeluh. Setakat sekali je iron tudung Deera ni apalah sangat. Abang pun boleh buat macam Deera. Iron semua baju untuk sebulan terus."
"Haa, balik Malaysia nanti iron lah semua baju Deera untuk sebulan terus."
"Okay, Deal." Satu kucupan tipis didaratkan ke bibirku. Aku terkejut dan tindakan refleks tubuhku kebelakang sedikit.
"Apa abang buat ni? Orang tengah serius lah." Aku lap bibirku dengan belakang tangan.
"Abang pun serius lah. Nampak ke abang melompat-lompat tadi? Tak payah nak lap sangatlah bibir tu. Dulu kita selalu je buat macam tu."
Uhuk. Kali ini aku terbatuk pula. Menipu. Mana ada! Jangan nak kelentong aku.
"Dah lah. Tadi tak sabar sangat nak iron. Pergilah. Shuh! Shuh!"
Aku halau dia.
SETELAH selesai bersiap. Aku turun ke ruang tamu. Semestinya Edward yang dukung. Masa itu, Adam dah ada di situ bersama-sama Kak Nadia dan Ziyad yang comel.
"Ya Allah, adik aku!" Adam mendekati aku yang baru turun dari atas. Masih dalam pegangan suamiku. Tindakan refleks buatkan aku peluk erat leher Edward membuatkan dia sepertinya agak lemas.
Aku takut.
Aku takut dengan Adam.
Edward memahami akan tindakanku itu. Dia terus bertanyakan khabar Adam. Aku dah menggigil.
"Adam, kau sihat?"
"As you can see. I'm good."
"Good to hear that. Nadia and Ziyad, how about you guys? Sihat ke?" Edward cuba dudukkan aku di sofa. Aku tak nak bebankan dia dengan berat badan aku. Aku geleng perlahan. Kalau ikutkan nak saja aku peluk dia kuat-kuat. Biar melekat.
Aku tak nak turun.
"Sayang, tu Adam lah. Your brother. He come here to see you. You want to see him too. You're so excited about it. Remember?" Perlahan dia berbisik ditelingaku. Sedikit tenang dibuatnya dengan pujukan itu.
"Deera takut. Abang... Deera nak naik bilik."
"Eh, mana boleh macam tu. Kan Adam datang nak jumpa Deera ni. Kesian dia datang jauh-jauh."
"I can't."
"Hmm, sembang kejap aje. Can?"
"Tak boleh. Deera rasa badan Deera pelik sekarang."
"You have me. Abang ada. Abang betul-betul dekat dengan Deera. Just act normal boleh baby girl, abang?"
Aku hanya diam. Nafas aku mula tak teratur. Aku masih cuba mengawalnya supaya tak diketahui orang lain. Lebih-lebih lagi Edward.
"Deera okey?"
Diam.
"You're not okay, are you? Okey jom lah masuk bilik."
"Kenapa tu, Edward? Deera sakit?" soal Adam. Dia berdiri tak jauh dari kami. Tapi masih ada jarak. Oleh kerana tadi aku seolah-olah menolak Adam daripada datang mendekat. Dia terhenti di tempat duduknya.
"I'm sorry for that but she's afraid of you, Adam."
Berubah terus riak wajah Adam yang tadinya ceria. Kini wajahnya terbias simpati pada adik perempuannya ini. Aku kuis-kuis jari dibelakang leher Edward.
"Deera..." Adam pegang lengan aku.
Terus aku tepis. Aku dengar Adam tarik nafas.
"Ni aku lah, Adam. Kau... kau takut dengan aku ke?"
Aku angguk. Sepatah pun aku tak bercakap. Kak Nadia datang menghampiriku. Dia suruh Edward dudukkan aku terlebih dahulu. Adam dan Kak Nadia memberi ruang untuk Edward letakkan aku.
Bila aku dah duduk, terus aku genggam tangan kasar Edward. "I'm here." Edward usap-usap bahu aku.
"Boleh akak duduk, Adeera?"
Aku tahu yang dimaksudkan Kak Nadia adalah ruang kosong disebelahku. Aku diam sejenak. Dalam-dalam tenung muka kakak iparku itu. Dia meyakinkan aku kalau dia takkan buat aku takut.
"Deera, she's a woman. Same like you. Boleh, kan?"
"Erm, boleh lah."
Perlahan-lahan Kak Nadia melabuhkan punggungnya disebelahku. Betul apa yang Edward cakap tadi, dia perempuan juga. Jadi aku tak takut. Adam lega melihat isterinya yang boleh duduk dekat denganku.
Dia dengan Ziyad duduk di sofa yang bertentangan dengan kami. Sangat jauh kerana ada meja kayu besar di tengah-tengahnya.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...