PENERBANGAN kami pada jam 11 malam nanti. Edward terus beli tiket bila kami sampai di rumah. Kelas pertama pula itu dia beli. Membazir betul! Katanya nak aku selesa dan ada privasi. Macamlah ekonomi tak selesa.
Disebabkan hari ini juga kami terbang, aku memang kelam kabutlah tak prepare apa-apa. Sekarang musim sejuk di London. Satu baju sejuk pun aku tak ada.
"Abang!"
Aku menjerit memanggilnya yang tengah duduk dibilik kerja. Tersentak dia.
"Ye, kenapa?"
"Betul ke dekat London sekarang musim sejuk? Ada snow ke?"
"Permulaan musim sejuk. Belum ada snow lagi tapi sejuk. Kenapa, Deera?"
"Deera tak ada baju sejuk!" Serentak itu, Edward tepuk dahi. Baru tersedarlah itu yang aku tak ada baju untuk musim itu. Kaki dia mula bergerak-gerak setempat. Gaya orang nervous.
"Sayang, macam mana ni? Abang lupa lah sayang tak ada baju. Jom kita pergi beli sekarang."
Dia bangun dan meluru kearahku yang berada dimuka pintu. Dah bersedia untuk tarik aku keluar.
"Mana sempat nak pergi beli."
"Habis tu macam mana? Abang tak nak Deera jadi ais batu nanti. Beli satu pun jadilah. Nanti abang boleh belikan dekat sana. Ada banyak yang cantik-cantik dan comel-comel. Mesti comel je kalau Deera pakai."
Boleh pula dia buat lawak pasal aku, kan? Aku cubit perut dia.
"Deera tak pernah pergi oversea ke dulu?" soalku. Setahu aku pernah, kan?
Lagipun abang aku, Adam itu menetap di sana. Ada beberapa kali juga aku ke sana rasanya. Tapi seingat aku, aku tak pernah ke London pada musim sejuk. Kebiasaanya musim bunga dan musim luruh saja waktu sekolah dulu.
"Wait, pernah lah! Masa kita jumpa tu, at that time winter. Abang tak tahu kalau Deera ada simpan lagi ke tak baju tebal macam beruang kutub tu. Cuba tanya ibu."
Cakap pasal ibu, aku belum bagitahu lagi yang kami nak pergi ke London malam ini. Mesti ibu terkejut dan marah. Marah ke dia? Aku kembali ke bilik tidur. Edward juga mengekori aku. Hujung baju aku pun dia pegang. Lagaknya macam nak pergi tengok lipas.
SYUKUR bila ibu cakap aku ada beberapa helai winter coat dan winter jacket dirumah. Lagi satu perkara yang aku rasa mudah, rumah ibu dengan lapangan terbang KLIA tak jauh mana. Sekali jalan saja laluannya. Aku tinggal sumbat baju itu ke dalam bagasi dan sarung satu di badan.
Ayah cakap tak perlu datang ke rumah. Mereka akan hantar kami dilapangan terbang. Kami pula dihantar oleh pemandu Edward sudah tentunya. Hadi juga ada sama. Sekaligus dia pulangkan sekali kereta yang dipinjam tempoh hari.
Edward pakai kereta apa dalam tempoh Hadi pinjam kereta dia? Dah tentu kereta dia yang lain. Kereta Edward saja nak dekat lima buah. Kereta aku ada satu saja, rasa macam kerdil pula di situ.
Kami tiba di KLIA pada jam 9:45 malam. Perkara pertama yang kami buat semestinya berjumpa dengan ibu dan ayah dulu untuk ambil baju aku dan letakkan dalam bagasi. Kemudian, Edward pergi check-in bagasi. Bagasi aku tak berat mana pun. Hanya 20kg. Itupun Edward tumpang sekaki. Dia hanya membawa baju sut. Katanya di London masih banyak baju. Boleh pakai yang di sana saja.
Aku tak bawa hand-carry luggage sebab malas nak heret-heret beg. Hanya beg tangan comelku saja yang elok tersarung dibadan. Itu pun aku tak pegang. Aku kalau boleh tak nak pegang apa-apa.
Rimas.
Setelah 20 minit uruskan check-in bagasi, Edward kembali pada aku yang duduk bersama ibu dan ayah dikerusi lapangan terbang itu.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...