"ADEERA, suami awak dah sedar!"
Kedengaran Atif memanggil namaku sambil beritahu keadaan Edward. Seperti yang Atif katakan, Edward dah keluar dari bilik pembedahan selepas Asar tadi. Betul-betul beberapa saat lepas Hadi menelefon pihak polis, doktor yang bedah Edward keluar untuk memaklumkan.
Namun disebabkan keadaan Edward yang agak kritikal sekarang, tiada siapa dibenarkan melawat dia meskipun aku sendiri. Aku hanya reda dengan jawapan yang doktor berikan.
Doktor beritahu sebanyak sepuluh tusukan yang menikam di bahagian kanan tubuhnya. Organ dalamannya ada yang rosak dan gagal berfungsi. Doktor terpaksa buang limpa Edward kerana dah tak boleh berfungsi.
Terasa seolah-olah duniaku terbalik mengetahui akan hal itu. Terlalu banyak dugaan yang datang sepanjang setahun perkahwinan kami ini.
Ya, usia perkahwinan kami baru saja mencecah satu tahun.
"Alhamdulillah, menantu ayah. Tapi kami tak boleh melawat dia lagi kan, doktor?"
"Dukacita dimaklumkan tak boleh, pak cik. Saya minta maaf sangat-sangat. Kami takut ada jangkitan akan berlaku kepada pesakit. Kami sangat menjaga pesakit yang hadapi kes-kes sebegini."
Mood profesional Atif menyala. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku tengok dia serius. Dulu waktu aku buat janji temu dengannya pun tak nampak sangat sisi serius itu. Dia lebih kepada berjumpa kawan lama. Cuma, kami membincangkan soal kesihatan.
"Tak apa, doktor. Pak cik faham tu. Terima kasih ye? Doktor ni kawan Adeera ke?"
"Sama-sama, pak cik. Ye, betul. Saya Atif, kawan Adeera dekat matrik dulu. Dah lama dah." Seperti biasa, kalau dah begitu gaya cakapnya selepas ini mesti mereka jadi kawan baik. Tipikal lelaki sangat.
"Oh, lama dah tu. Lama betul kau orang berkawan ye?"
"Tak adalah pak cik. Kami baru jumpa balik tahun lepas. Kalau tak, memang dah lost contact dah."
"Bagus lah masih berkawan. Kita ni makin tua, makin tak ada kawan. Tapi, lebih baik kawan kita tu pasangan kita. Kalau nak berkawan berlainan jantina ni payah sikit ye tak?"
"Betul. Haha. Saya setuju, pak cik." Atif membetulkan kot doktornya. Mesti dia rasa janggal dengan ayat ayah itu. Apa-apa sajalah labu.
"Atif, bila saya boleh tengok suami saya?"
"Hm, saya tak pasti lah Adeera. Kena tanya doktor yang jaga dia. Memandangkan saya bukan doktor Edward, saya cuma boleh tengok keadaan dia saja. Tapi mengikut pengalaman, saya rasa dalam dua minggu juga pesakit tak boleh terima mana-mana pelawat termasuk ahli keluarga."
Wajahku dah nak menangis. Kerutan di dahi jelas terlakar. Dadaku sakit. Aku terduduk. Tapi sempat disambut Atif membuatkan aku jatuh ke dalam pangkuannya.
"Adeera, awak okey tak? Saya rasa awak perlu berehat. Awak dah cukup penat hari ni."
"Saya okey, Atif. Tapi lamanya dua minggu? Saya tak sanggup." Aku menangis lagi untuk kesekian kalinya. Jiwa lelaki Atif meronta-ronta untuk mengusap air mataku yang berjuraian.
Seumur hidup Atif, inilah kali pertama dia nampak Adeera gadis pujaannya selemah ini.
Sayangnya Adeera bukan milik dia. Jujur untuk dikatakan, dia masih simpan rasa pada wanita kecil ini. Kesilapan dulu buatkan dia sedar bahawa dia telah kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidupnya. Dan dia menyesal sekarang.
Tapi, menyesal pun tiada guna lagi kerana Adeera sudah mendirikan rumah tangga dan bahagia dengan suaminya.
"Saya faham awak tak sanggup. Tapi awak kena berkorban sikit. Ini semua untuk kesihatan suami awak. Saya harap awak bersabar sikit saja lagi."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...