𝓑𝓪𝓫 50

2.6K 89 4
                                        

BUNYI mesin ventilator itu menyapa gegendang telingaku. Juga, ada oksigen pernafasan dihidung. Perkara pertama yang menyapa mata adalah cahaya lampu diruangan itu.

Aku tahu sekarang aku berada dihospital. Ah, hospital lagi. I'm so sick of it. Setelah apa yang terjadi tadi, Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk terus hidup.

Aku cari sosok tubuh Edward. Dia sedang bercakap dengan doktor yang merawat aku. Nampak begitu fokus pada apa yang dijelaskan doktor itu.

Aku juga turut sama mendengar.

"Isteri encik tak apa-apa. Mujur lukanya tak terlalu dalam dan encik cepat telefon ambulans. Kalau lambat sikit tadi, saya rasa puan akan kehilangan seluruh memori dia dan tak akan dapat pulih selama-lamanya."

Edward ucapkan kata syukur setelah itu. Begitu juga aku. Dalam hati aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga pada Allah sebab tak jadi apa yang baru doktor katakan tadi.

Kalau tak kesianlah semua orang yang ada disekelilingku.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya, encik?" kata doktor itu.

"Ya. Baik, baik. Terima kasih, doktor."

Sejurus mengatakan itu, Edward alihkan pandangannya ke arahku. Aku sedari tadi lagi dah pandang dia dengan pandangan redup.

"Abang..."

Aku memanggil. Pada mulanya dia tak dengar. Aku cuma panggil sekali saja. Tapi, bila dia tengok muka aku dan sedar yang mata aku dah terbuka, barulah dia meluru dengan cepat.

"Deera, sayang dah bangun? Thank God!"

"Sa... Sarah macam mana?" Itu pula yang aku cakap. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding.

"Jangan cakap pasal dia, please. Pergi mampus lah dia tu. She's not important here. Jom kita cakap pasal, Deera. Dekat sini you is the victim."

Cakap pasal aku apa ke jadahnya pula?

Aku cuma diam. Aku angkat sebelah tangan untuk mengusap wajahnya. Edward bagaikan mengerti, dia dekatkan wajah kacaknya itu dengan tanganku. Aku usap-usap wajah itu. Untuk pertama kalinya aku bertindak sedemikian selepas aku hilang ingatan tentangnya.

"Abang, thank you."

"My pleasure, sayang. Deera panggil abang apa? Boleh ulang sekali lagi? Abang tak dengar lah."

Aku panggil dia supaya mendekat dengan mulutku. Aku mahu berbisik. Dia perlahan-lahan mendekat dan tersenyum sumbing ala-ala beruk dapat bunga.

"Awak. Pekak."

Terus mati senyuman mereng dia tadi. Mukanya berubah geram. Padan muka.

"Tak nak. Limited. Sekali je. Kalau tak dengar means you deaf," sambungku lagi.

"Eh, tadi cakap thank you. Sekarang, cakap abang pekak pula? Abang merajuk baru tahu." Aku tergelak kecil. Kelakar pula rasanya kalau Edward gagah perkasa ini merajuk.

"Sorry. Dah berapa lama saya tak sedarkan diri?"

Aku ubah topik. Kini, Edward pula yang usap-usap kepalaku yang berbalut itu. "Lima jam."

Aku tarik nafas lega. Lega sebab tak sampai sehari pun. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

"Flight, awak!"

"Abang tak jadi balik London."

"Kenapa? Kan kerja awak penting?"

"Ya Allah, nyawa Deera lebih penting daripada segalanya. I can't imagine if something bad happen to you just now. Deera rasa hidup abang akan tenang?" Tak ada nada marah di dalam percakapannya. Dia cuma mengingatkan aku.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang