𝓑𝓪𝓫 42

2.2K 84 1
                                        

BERBALOI dengan harga dan masa yang diluangkan untuk cerita seram itu. Aku berpuas hati dengan jalan cerita dia. Bukan setakat cerita hantu yang menyeramkan, terselit juga pengajaran yang menginsafkan. Walaupun aku tertinggal bahagian-bahagian tertentu di dalam cerita itu tadi, tetap terasa kepuasannya.

"Encik, apa yang jadi masa saya keluar tadi? Ceritalah."

"Tak ada apa yang jadi pun." Kenapa semua orang selalu jawab benda yang sama? Tak ada apa yang jadi? Geram saja aku rasa.

"Tipu. Habis tu macam mana dia boleh jadi macam itu tadi?"

Aku bercakap tentang babak watak perempuan dirasuk dalam cerita itu. Aku masuk-masuk ruangan itu tadi, bergema dengan jeritan. Terhinjut sedikit bahu aku ketika itu. Rasa nak pengsan pun ada sebab bunyi dia terlalu kuat. Rasa macam dia menjerit dekat telinga.

"Tak ada apa. Lelaki tu bawa dia pergi masuk hutan. Lepas tu lelaki tu kencing dekat pokok and then that girl tu kena. It was that guy's fault. If he did not pee at that tree, it would not happen. That guy was stupid for acting recklessly in the forest. Dia tak tahu ke pantang larang masuk hutan? Sigh, I can't with him!"

Kali ini aku puas hati dengan jawapan dia. Memang menjiwai betul sampai dia kepal tangan dia macam nak ditumbuknya watak lelaki dalam cerita itu.

Aku tinggalkan dia dibelakang. Barang-barang yang aku beli tadi aku ambil dilocker wayang. Semestinya tak boleh bawa barang daripada luar masuk. Aku pun malas nak bawa semua itu sekali. Dah lah berat.

"Banyaknya Deera beli! Jangan bagitahu abang sayang angkut semua ni sorang-sorang tadi?"

"Yelah. Habis tu, takkan lah Robert yang tolong bawakan?" Melebih Edward ni. Memang banyak barang penjagaan diri yang aku beli tadi. Tapi tak adalah sampai patah tangan aku kalau bawa semua. Masih boleh lagi lah. Cuma agak lenguh.

"Deera ingat Robert?"

"Err... saya main sebut aje. Encik ada kawan nama Robert ke?"

"He is our bodyguard in London."

"Our?" Aku pernah datang London ke dulu? Macam mana boleh jauh sangat aku sampai ke London? Kalau kata nak jumpa Adam, ibu dan ayah tak akan izinkan aku pergi seorang diri. Aku gerenti punya.

"Yes, ours. I mean my family too. Deera pernah datang rumah parents abang lepas kita kahwin dekat London dulu. Abang ingat Deera dah ingat dekat Robert." Nada suara dia berbaur kesal.

"Kita bukan kahwin dekat Malaysia? Saya buat apa dekat London? Macam mana kita boleh kenal?" Terlalu banyak persoalan yang bermain diminda. Aku rasa macam semua orang rahsiakan sesuatu walhal aku yang tak ingat apa-apa.

"No we had our nikah at Adam's house. You came to London for semester break. We met accidentally. Turns out our moms are best friend. So they told us to get married. So I agreed, because an angel has fallen in front of my eyes."

"Senangnya saya setuju kahwin dengan encik. Entah-entah encik dah jampi apa-apa dekat saya? Itu yang saya terima encik, kan?" tuduhku.

Dengar daripada dia bercerita bagaikan semuanya smooth. Rasa macam tak ada sebarang konflik yang berlaku antara kami.

"Well, lucky me it's easy to convince you."

Aku julingkan mata ke atas. Rasa macam cerita dia semua tak masuk akal.



"SAYA nak llao llao"

Mataku tertumpu pada kedai warna hijau itu. Nampak begitu sedap pencuci mulut itu sekarang ini. Aku pandang orang disebelah. Muka dia pasrah merelakan aku yang nak makan benda alah itu.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang