PAGI-pagi buta lagi Edward dah tercegat di ruang tamu. Dia pakai baju kerjanya seperti biasa. Aku hanya mengenakan blouse dan seluar slack. Setiap kali pergi check up, aku akan pakai shawl. Lebih senang terbentuk dimuka.
"Morning, sayang."
Dia meminta untuk bawakan beg tanganku. Aku pun bagi saja lah. Rupa-rupanya dia nak berpimpin tangan dengan aku. Tapi melalui beg. Pelik-pelik saja dia ini. Tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya tak adalah dia pegang tangan aku terus.
"Pelik betul encik ni."
"I would be happy if you change the way you call me."
"Encik nak saya panggil apa?"
"Edward or abang would be better. It sounds more friendly, I think. Don't you think so?"
"Abang? Yucks! Geli gila. Saya tak akan panggil encik macam tu. No! Never!"
Keras-keras aku membantah!
Hampir berlanggar hidungku dengan belakang badannya akibat dia berhenti secara tiba-tiba. Memang sengaja dia ini! Nasib baik tak tercium. Mahu bergegar lagi otak aku yang baru nak pulih.
"Oh, geli? Dulu bukan main suruh guna abang depan ibu dengan ayah." Dia senyum sinis.
"Apa-apa jelah. Cepatlah nanti lambat sampai!"
Aku terus lepaskan pegangan pada beg tangan dan masuk ke dalam perut kereta. Memang kalau tak buat macam itu, sampai bila-bila tak bergerak. Lagipun aku dah malu dah ni. Aku pun tak tahu kenapa aku nak malu sangat.
"Okey, tunggu lah abang! Laju-laju nak pergi mana?"
Edward sangat playful. Ada kalanya dia serius. Tapi sepanjang masa denganku hanya sisi playful dia yang aku nampak.
"Deera dah sarapan?" soalnya sejurus duduk ditempat pemandu.
Dia bergerak ke arahku. Terus kaku dibuatnya. Tali pinggang yang berada disebelah kiriku itu ditarik dan dipasangkan pada penyambung tali pinggang keledar.
"Mesti belum, kan? Sebab ibu dengan ayah tak balik lagi dari masjid. Jom abang bawa Deera pergi sarapan dulu. Deera nak makan apa? Roti canai or nasi lemak? Ke nak yang lain?"
Banyak pula dia bercakap pagi ini. Aku naik serabut mendengarnya. "Encik boleh kurangkan cakap sikit tak? Saya serabut."
Aku tak ada niat nak marah dia. Memang dari dulu bukan sifatku suka marah-marah. Lepas pembedahan ni aku jadi sensitif dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi dengan bunyi bising. Otak akan terus rasa sakit. Aku akan jadi marah.
"Abang buat Deera tak selesa ke? Okay, I'm sorry. Abang akan cakap kalau Deera suruh aje lepas ni."
"Bukan. Saya tak sengaja marah. Sorry. Encik pergi lah kedai mana-mana yang encik nak. Saya ikut aje."
Sebersalah aku dibuatnya bila wajah dia yang ceria tadi bertukar kelat. Aku dah rosakkan mood cerianya.
EDWARD order nasi lemak ayam dengan roti canai. Semua itu dia yang punya. Bila dia tanya aku nak makan apa. Aku geleng dan kata tak apa. Bukan main risau lagi dia bila aku cakap tak nak makan.
"Kita share boleh? Saya tak boleh habiskan sorang-sorang," pintaku.
"Oh, bagitahu lah awal-awal. Buat abang risau aje. Mestilah boleh share, sayang. Abang lagi suka! Deera nak tambah apa-apa lagi? Nak air apa?"
"Tak nak tambah apa-apa. Saya nak air teh tarik je."
Dia sebutkan semula air yang aku nak kepada pelayan dikedai itu. Bila nampak Edward bangun, terus aku pegang hujung lengan baju kemejanya yang berlipat. "Encik, ambil satu pinggan kosong."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...