𝓑𝓪𝓫 10

3.6K 118 2
                                        

EDWARD merebahkan badan di katil. Dia baring terlentang menghadap siling yang putih. Badan yang tak berbaju itu dibiarkan ditiup angin aircond. Telefon dicapai dan nombor telefon seseorang di dail.

Mata dia dah berat sebenarnya, tapi digagahkan juga diri untuk menelefon seseorang.

Di hujung talian, "Helo?"

Bila Edward cuma diam, suara di hujung talian kembali memenuhi ruang pendengarannya. "Awak?"

"Kau buat apa tak tidur lagi?" sergah Edward sebaik sahaja mendengar suara itu.

"Kan saya tengah jawab call awak ini, macam mana saya nak tidur?" Edward jeda seketika. Betul juga.

"Ehem... ehem," suara garau itu berdehem. Mengelak dari keadaan canggung yang melanda.

"Kau buat apa tadi?"

"Tak ada buat apa pun. Makan makanan yang mama awak masak. Sedap..."

"Hmm... glad that you love it."

"Kenapa awak call saya ini?"

"Nothing. Saja nak dengar suara kau. Rindu." Pengakuan Edward itu membuatkan biji mata aku bulat. Buang tabiat ke dia ini nak rindu-rindu aku pula?

"Awak demam ke?"

"Kenapa? Ada yang salah ke?"

"Kenapa awak nak rindu saya pula? I mean, we are not a lover or in a relationship? Tiber je."

"So, tak boleh ke aku nak rindu kau?"

"Bunyi macam pervert. Hmm."

"Aku jadi pervert betul-betul baru tahu. Tapi, kalau untuk kau aku sanggup jadi the one."

"Eee, annoying gila. Tadi masa awak balik ada terhantuk kepala dekat mana-mana ke?" Aku dengar dia ketawa dihujung talian. Berdebar jantung aku bila dengar dia ketawa. Dapat aku bayangkan wajahnya yang berubah manis dan mata dia yang hilang.

"It's okay if you don't like it. I won't be annoying again... for now at least. Tadi, aku tidur time on the way balik. Driver aku yang pick-up."

"What do you mean for now at least?" Akan ada yang seterusnya ke?

"Ini kau dah okey ke? Still hurt?" Bukan nak jawab soalan aku. Memang suka tahu dia ini palau aku. Nanti kalau kahwin tak tahu lah mesti selalu kena ignore. Sedih betul.

Sejujurnya ini lah kali pertama aku senggugut teruk macam ini. Aku pun tak tahu kenapa, harap-harap bulan depan dan bulan-bulan berikutnya tak jadi lagi macam ini.

Penat kut asyik nak kena pergi hospital atau klinik. Selepas itu, kena tahan sakit lagi. Macam mana lah orang-orang yang setiap kali period saja mesti senggugut teruk itu?

"Saya rasa better sikit sebab tadi doktor dah masukkan darah dalam badan saya." Edward tersenyum tipis. Lega bila Adeera dah kembali bermaya.

"Good. Of course much better sebab itu darah aku donate untuk kau." Aku yang berbaring itu terus duduk.

"Awak donate darah untuk saya? Bila masa awak buat?"

"Yes. Our blood type is same, O. So why not? Kau ingat kau pengsan itu sejam aje ke? Almost five hours. Sempat kalau aku buat meeting..." Dia ini ikhlas ke tak derma darah dia dekat aku? Merungut ke apa?

"Hmm, ye lah. Thank you sebab awak banyak tolong saya hari ini. Dan sebelum-sebelum ini juga." Aku kembali baring. Perlahan saja aku bersuara kerana dah mengantuk. Sedang menunggu masa saja ini nak terlelap.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang