𝓑𝓪𝓫 69

2.1K 73 1
                                        

"ABANG nak makan apa?" Lagi beberapa meter nak sampai ke kereta aku berhenti untuk tanyakan soalan itu. Aku memang sibuk nak tahu dia makan apa. Sebab selalunya makanan dia pesan semua sedap gila.

Jeles aku.

"Hmm, we'll see the menu later. Deera nak makan dekat mana? Tak nak masak ke lunch hari ni?"

"Helo, sekarang dah nak Zohor dah. Tak sempat nak masak. Bagilah Deera peluang cuti masak hari ni."

"Okey. Jangan lah marah. Abang tanya je. Garang betul dia. Soalan abang pun Deera tak jawab. Sekarang suka betul tak jawab soalan abang, kan? Sejak bila macam ni?" Hidungku dicuit.

"Hah? Ye ke Deera selalu ignore? Mana ada! Mungkin Deera dah pekak. Hm, soalan yang mana?"

"Soalan nak makan dekat mana."

"Oh, ada eh abang tanya tadi? Tak dengar pun." Edward jentik dahiku perlahan. Walaupun tahu tak akan sakit tapi aku tetap mengelak dan pejam mata rapat-rapat. Kemudian, perlahan-lahan aku buka semula.

"Abang!"

"Ye, kenapa? Deera sakit ke?"

"Jom patah balik pergi klinik. Deera rasa Deera dah pekak lah."

Kedengaran Edward menghela nafas lega. Pucat terus mukanya bila aku tiba-tiba menjerit macam itu.

"Don't do like this again, Adeera Sofiya binti Amir. Nak tercabut jantung abang ingatkan ada apa-apa jadi dekat Deera." Gerun.

"Hm, okey. Deera minta maaf."

Sedang seronok kami berjalan berpimpin tangan sambil menghayunkan tangan, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin motor yang sangat kuat dari arah belakang. Aku kira itu mungkin motor besar macam Ducati sedang berjalan.

Betul tekaanku bila nampak motor besar berwarna hitam keluar dari simpang. Ada dua orang di atasnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Motor itu berhenti betul-betul di depan aku dan Edward. Edward segera tarik tanganku supaya berlindung di belakang dia. Aku cuma menurut.

Semua berlaku dalam sekelip mata. Perempuan dari motor itu turun dan berhenti di depan kami. Aku tak tahu apa yang berlaku. Selepas saja motor besar itu beredar, tubuh Edward rebah di atas jalan.

Edward sempat keluarkan telefon pintarnya dan mengambil video motor itu sebelum hilang dari pandangan.

Aku terkejut.

Serta-merta air mataku mengalir laju di pipi. "Abang!"

"Sa... sayang. It's okay. Do... don't cry, baby. To...tolong abang c... call ambulans. Ce... cepat, sa... ssssayang."

"Abang, jangan tinggalkan Deera, abang! Deera sayang abang!" Aku terus menangis tersedu-sedan.

Dengan tangan yang berdarah. Edward mengelap air mataku yang berjuraian. Dia ditikam oleh perempuan yang naik motor tadi. "Shhh, sayang jj... jangan nangis, ple... please? Ab... abang tak boleh nak pp... peluk sa... yyyang sekarang. Please cc... call ambulance right nnn... now, sayang."

Dengan tangan yang terketar-ketar, aku dail nombor kecemasan. Orang ramai mula berkumpul mengelilingi Edward. Aku cuma mampu menangis.

Ya Allah, apa lagi dugaan kami kali ini? Baru saja kami nak mengecapi kebahagiaan, kami diuji lagi.



RUANG KECEMASAN.

"Maaf, awak ni siapa kepada lelaki yang masuk bilik kecemasan tadi?" Seorang doktor perempuan mengajukan soalan itu kepadaku. Ye lah, mungkin aku masih nampak budak-budak di mata semua orang.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang