𝓑𝓪𝓫 73

2.1K 74 1
                                    

HARI KELIMA, Edward masih terbaring. Dia kembali ditidurkan sebab tak ada apa yang dia boleh buat. Hari ini, Edward akan dipindahkan ke wad ICU yang bercermin. Maksudnya, kami boleh tengok dia dari luar.

Fakhira betul-betul teman aku pada waktu tidur saja kerana dia bekerja keesokan harinya. Tak kisahlah, dia dah teman aku pun kira dah berjasa sangat.

Kawan aku Si Hanan itu bukan main lagi membebel dekat aku bila tak beritahu dia hal ini. Bukan aku tak nak beritahu, tapi aku tak dapat nak berfikir pun pada hari itu. Ini pun Hanan ada kerja di luar yang menyebabkan dia terpaksa pergi ke Perlis.

"Doktor, bila suami saya akan dipindahkan ke ICU lagi satu tu ye?" Aku bertanya saat doktor yang bertanggungjawab membedah Edward habis menulis di meja pertanyaan.

Doktor ini sedikit berumur, tapi sangat profesional.

"Hm, unfortunately I don't know when. Tapi saya dah maklumkan pada pihak jururawat yang kendalikan pemindahan suami puan hari ini. It should be by today."

Jam ditangannya di kerling. Aku juga melakukan hal yang sama bila doktor tengok jam dia. Aku mencari jam di depan mata. Jam kini menunjukkan pukul 3 petang.

"Hari ni juga suami puan akan dipindahkan. Jangan risau, ye?" Doktor itu meyakinkan aku dan mula berpaling untuk teruskan kerja. "Doktor!"

"Ye, puan? Ada apa-apa lagi ke yang boleh saya bantu?"

"Suami saya masih demam ke?"

"Oh, pasal kesihatan dia. Suami puan masih ada demam. Cuma on off. Saya rasa itu mungkin juga kesan daripada pembedahan yang dia terima dalam keadaan demam."

"Badan dia dah hampir pulih hari kejadian. Tapi sebabkan kejadian ini, demam datang semula serang dia. Saya dah bagi dia titisan IV sekurang-kurangnya dua botol sehari untuk kekalkan air dan juga kurangkan suhu badan dia."

"However, he still not recover from fever."

Sambil doktor itu bercakap dia sulamkan jarinya. Kebiasaanya semua orang akan buat begitu jika sedang bercakap. Lebih-lebih lagi bercakap hal yang penting.

Aku angguk. "Tak ada cara lain ke untuk demam dia hilang, doktor?"

"Saya rasa dia mungkin sedih tak dapat berjumpa puan. Dia dah sedar sejak hari pertama dia dibedah. Mungkin dia tak boleh terima hakikat yang dia tak boleh jumpa sesiapa. I think he's eager to know how you're doing with his condition like this."

"Saya harap pihak yang uruskan pemindahan dia segera buat kerja. Saya tahu dia ditidurkan semula. Tak apa, asalkan kami semua dapat tengok dia walapun dari jauh," ujarku.

Mata aku penuh pengharapan.

"Saya akan cuba secepat mungkin. Puan jangan risau."



SEPANJANG aku ulang alik ke sini selama lima hari ini, bayangan Atif tak pernah muncul lagi. Dia mungkin sibuk.

Aku akui, aku tertanya-tanya keberadaan dia sebab kalau Atif ada mungkin mudah sikit nak tahu tentang suami aku.

"Hai, Adeera." Aku toleh ke arah si pemanggil.

Hadi datang dengan penuh karismanya. Bercermin mata hitam dan juga kot baju ditangan. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku menampakkan urat-urat lelakinya.

"Hai, Hadi."

Aku jawab biasa saja, tak seceria selalu.

"Dah lama sampai? Awak seorang je hari ni? Siapa hantar? Awak dah makan? Kalau belum nak saya teman? Saya boleh belanja?"

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now