AKU terjaga saat terasa permukaan lantai yang begitu sejuk mencengkam tubuh. Sejuk dia tak boleh bawa bincang. Aku cuba buka mata.
Tak tahu sama ada tempat ini memang gelap atau mata aku yang belum mampu untuk dibuka.
Aku gosok mataku perlahan.
Cuba untuk sedar sepenuhnya.
Ternyata bukan aku yang tak mampu buka mata. Tapi tempat ini memang gelap. Dekat mana aku sekarang ini? Sedaya upaya aku cuba untuk tak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku jadi takut kerana tak ada sebarang cahaya pun di sini.
Entah berapa lama aku tak sedarkan diri. Edward tahu atau tak yang aku hilang? Aku mula rasa nak menangis.
Kedengaran bunyi tapak kaki sedang berjalan menghampiri ruang ini.
Pintu terbuka dan aku nampak bayang-bayang lelaki berbadan besar. Mungkin lelaki yang sama culik aku tadi.
Aku nampak ada sedikit cahaya dibelakangnya. Bermakna sekarang masih siang. Dia buka lampu dan sekelip mata ruang gelap itu diterangi dengan cahaya.
Aku memandang sekeliling. Ruang ini kosong. Tak macam rumah. Jauh sekali seperti tempat tinggal. Tapi tak seteruk bangunan yang dibiarkan terbengkalai.
"Hey, young lady. You are awake."
Dia menghampiriku. Aku mengesot kebelakang untuk menjauhkan jarak. Dia tersenyum sinis melihat kelakuanku.
"You can't run away from here, young lady. Once you're trap by me. You. will. never. get. your. way. out. Remarks my words."
Setelah berkata begitu, dia kenyitkan sebelah matanya. Aku sedikit tersentak sebab serius meluat gila tengok muka dia. Rasa nak muntah pun ada.
Jijik betul.
Dah lah gigi rongak.
Lepas itu dekat leher dia pakai rantai yang buahnya mangga rumah. Apa dah tak ada buah rantai bentuk lain ke nak letak?
"Hey, I'm talking to you!"
"Yes, I'm all ears!" Bila tangan dia mula bergerak ingin menyentuh mukaku. Cepat-cepat aku berpaling dan menjawab.
Terus tak jadi dia nak pegang. Aku tarik nafas kelegaan untuk itu.
"Good. Listen to every word that I say if you want to live." Sebuah arahan.
"Say something!" katanya lagi. Nada dia lebih tinggi daripada tadi buatkan bahu aku terhinjut akibat sergahan itu. Aduh, nak cakap apa ini?
"Where... where am I?" Ha, mungkin aku patut tanya di mana keberadaanku sekarang.
"Oh, we?" Dengan pantas aku angguk.
"You won't know anyways. I know you're not from London. It's pointless to tell you."
"I know..." Alamak, nada suaraku sangat tak bersemangat pula.
"Are you sure? You really wanna know, huh?" Aku pandang lelaki itu dan kepala laju mengangguk. Macam burung belatuk.
"We're at the grave. One of the most haunted graveyard somewhere in London. Well... that's how much I know."
Tegak bulu romaku. Ak... aku dekat kubur? Ya Allah, buat pasal betul lah. Orang ini tak takut ke macam mana?
Ke dia bukan orang?
Makin kuat degupan jantung aku sehingga telinga sendiri dapat dengar bunyinya.
Lelaki itu tersenyum macam orang gila. Entah apa yang dia fikirkan.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomansaEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...