BERBAKI dua hari saja lagi aku akan pulang ke Malaysia untuk menamatkan pengajian dan mulakan praktikal. Aku tak tahu lah apa yang aku rasa sekarang ini.
Sedih? Rindu?
Aku mengenakan tudung sarung sebelum keluar dari bilik tidur. Kaki diayun menuju ke dapur untuk membuat sarapan.
"Adeera, dah bangun?"
"Dah mama. Hari ini mama masak breakfast apa?" soalku sambil menuju ke sinki.
"Masak nasi goreng aje, puan," ucap tukang masak mereka. Dia dah bekerja dengan keluarga Edward hampir 20 tahun.
"Air dah buat ke? Nak minum air apa? Biar saya buatkan." Aku menawarkan diri untuk membantu. Memang itu rutin harian sejak jadi menantu. Tak akan tak bantu pula, kan?
"Belum buat lagi. Adeera nak minum air apa? Kami semua minum je." Puan Aliya memberi aku kebebasan untuk buat air yang aku mahukan.
"Teh okey tak, mama?" Aku tak boleh minum minuman berkafein. Jadi cuma teh saja pilihan yang ada.
"Boleh aje. Lagi sedap tu. Dah lama dia orang ni tak minum teh."
"Teh tarik ke teh o, mama?" Sesetengah orang suka teh tarik, sesetengah orang suka teh o. Aku lebih suka teh tarik.
"Teh tarik, Adeera. Budak-budak ini suka susu." Aku hanya mengangguk.
Laju tanganku mengambil jug dan buat air.
"Okey, dah siap."
Aku tatang dulang berisi air teh tarik dan cawan ke meja makan. Cawan yang banyak membuatkan pergerakanku perlahan.
"Sini, saya bawa." Edward yang baru turun itu menawarkan pertolongan. Nak tolak pun tak sempat. Dia terlebih dahulu rampas dulang tersebut dari tangan aku.
Gaduh pun tak boleh juga nanti pecah pula jug dan cawan kesayangan mama.
"Deera buat ke air ini?"
"Ye lah, takkan Robert yang buatkan pula." Robert itu salah satu bodyguard yang bekerja dengan keluarga Edward. Dia menjaga pintu masuk rumah ini bersama seorang lagi bodyguard bernama James.
"Jual mahal. Tanya pun tak boleh."
"Eh, saya dah jawabkan itu?" Dia tarik kerusi dan pelawa aku duduk.
"Awak duduklah. Saya nak cedokkan nasi goreng dekat pinggan semua orang," sopan aku menolak.
"Deera layan saya je. Papa ada mama. Ian dengan Bella boleh layan diri sendiri. Hurry up, come here kalau tak saya dukung Deera!"
Edward dah berkira-kira nak angkat aku. Terus terbeliak biji mata aku. Sebelum kena dukung baik aku duduk. Sebenarnya aku tak rela pun. Terpaksalah kalau tak nak malu depan keluarga suamiku nanti.
"Okey, okey saya duduk."
Lain pula jadinya bila aku dah duduk. Dia yang terlebih rajin melayan aku. Cedokkan nasi aku, ambilkan air. Semua orang di dalam rumah ini melopong melihat perangai Edward yang satu ini. Lagi buang tabiat bila dia suap aku pula.
Mana taknya, sebelum ini Edward tak pernah layan adik-beradiknya seperti itu. Sekali kahwin tengok dia punya layanan itu. Nasib mama dengan papa tak cakap apa-apa. Sebaliknya mereka turut gembira melihat layanan anak jantan dia terhadap menantu sulung mereka ini.
Syukur!
"EXCUSE me, have you seen Edward?"
Lepas breakfast tadi, Edward hilang entah ke mana. Di dalam bilik tiada. Di ruang tamu, di gim juga tiada.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...