PENGURUSAN jenazah dilakukan di rumah keluarga Adeera. Ramai yang datang untuk melihat jenazah. Kawan-kawan Adeera dan pensyarah dari univerisiti juga turut sama hadir.
Ibu terharu melihat kawan-kawan anak perempuannya yang begitu prihatin. Hanan dan Fakhira ada sepanjang-panjang pengurusan itu. Mereka banyak menolong. Walaupun dah dilarang oleh Kak Nadia dan ibu, mereka tetap berkeras untuk membantu.
Persahabatan mereka sangat ikhlas. Puan Masyitah bersyukur Adeera dipertemukan dengan sahabat yang baik. Melihatkan ramai kenalan Adeera yang tak dikenali Puan Masyitah datang menziarahi, membuatkan dia yakin bahawa Adeera betul-betul disayangi ramai.
Solat jenazah dilakukan selepas Asar dan jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan selepas itu. Edward, Atif, Evian dan Hadi yang membantu menggali pusara Adeera.
Petang itu mendung dan redup.
Hari seolah-olah memahami akan kesedihan yang melanda keluarga Adeera hari ini. Untuk kali terakhir, wajah Adeera dicium sayang oleh Puan Masyitah.
"Ibu dan ayah akan rindukan Deera sangat-sangat. Insya-Allah kita akan berjumpa lagi disyurga ya, sayang? Ibu dan ayah sayang Deera."
Selesai pengebumian, talqin dibaca. Semua yang ada di situ khusyuk mendengarnya. Talqin merupakan peringatan dan pengajaran buat orang yang hadir semasa upacara pengebumian tersebut supaya mereka menyedari bahawa kematian itu adalah pasti dan janji-janji Allah SWT itu juga pasti.
Jika diizinkan dan dikehendaki oleh Allah SWT, pasti jenazah yang berada di dalam kubur itu juga dapat mendengar peringatan yang disampaikan.
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 185:
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Setelah selesai, semua pulang ke rumah masing-masing. Bermula malam nanti akan ada kenduri arwah selama tiga hari berturut-turut.
"Tak sangkakan, Hadi? Deera dah tak ada."
Edward yang sedang berjalan beriringan disebelah Hadi itu bersuara. Matanya sembab akibat terlalu banyak menangis. Tangannya memegang tikar, Surah Yaasin dan jug air yang dah kosong. Mereka kini sedang berjalan pulang semula menuju rumah ibu Adeera.
"Aku rasa macam mimpi," balas Hadi.
Dia senyum kelat kepada Edward. Dia ambil tikar, Surah Yaasin dan jug air yang ada pada Edward lalu dia tolong bawakan.
"Aku dah rindu dia, Hadi. How am I going to face my life after this? Katil sebelah aku dah kosong."
"Aku tak berada di tempat kau, Edward. Aku mungkin tak faham kesedihan kau. Tapi aku pun sedih atas kehilangan dia. Adeera dah jadi kawan aku juga. Sedikit sebanyak hidup aku terasa sunyi tanpa dia. Apatah lagi kau."
"Kau banyak-banyakkan berdoa semoga roh Adeera tenang di sana. Kau kena ikhlaskan pemergian dia supaya kau pun tenang. Kau jangan sedih terlalu lama, Edward. Tak baik untuk kesihatan kau. Hidup kita ni panjang lagi. Tak tahu bila pula giliran kita dipanggil."
"Kita yang hidup kena move on dan jalani hari-hari macam biasa. Maksud aku move on tu, bukan lupakan terus dekat arwah. Jalani hidup kau macam biasa, doakan dia, ikhlaskan semua yang jadi."
Hadi tepuk-tepuk bahu Edward. Dia memberi kekuatan untuk sahabat baiknya. Ini adalah kali pertama dia tengok Edward jatuh sebegini rupa.
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...