PERLAHAN- lahan aku buka kelopak mata. Cahaya lampu yang menerangi hujung ruangan itu aku pandang. Dekat bilik tidur aku.
Bunyi berdesing di kepala menyebabkan aku memegang kepala yang tak berlapikkan tudung itu. Aku yakin Edward yang lakukan semua ini.
Mana dia?
Sekarang dah pagi ke?
Aku pandang sekeliling bilik dan mata tertancap pada satu kertas kecil yang ada dimeja kecil disebelah. Aku ambil dan membacanya.
Tulisan Edward.
Good night, sayang. Abang dekat bawah. Sayang bangun mandi dan solat dulu. Abang dah masakkan kita dinner. Love you, sayang.
Aku kira dia tulis good night mungkin sebab sekarang masih malam? Entah pukul berapa lah sekarang ini? Aku kerling jam digital yang ada dibilik tidur kami itu.
11:30 pm. Masih awal. Ingatkan kalau dah terjaga mungkin 3, 4 pagi.
Mujur masih dalam waktu solat Isyak. Aku belum menunaikan solat lagi. Segara aku bangun. Jalanku agak terhuyung-hayang. Jujur sakit kepalaku hanya berkurang sedikit saja.
Di dalam bilik mandi. Aku muntah dan kali ini berdarah. Dapat dirasakan keadaanku semakin memburuk. Nak tak nak, esok kena pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan.
"ABANG, buat apa?" Nampak bahu Edward terhinjut gara-gara teguranku. Dia sedang duduk menonton tv. Mungkin dia tak tengok tv itu, fikirannya melayang.
"Deera. Terkejut abang!"
Dia urut dadanya. Aku ketawa perlahan.
"Sorry. Deera tak ada niat nak terkejutkan abang. Abang dah makan?" Geleng. Kesian suamiku tak dapat makan kerana menguruskan aku yang terlebih sakit kepala hari ini.
"Abang tunggu Deera bangun." Dia gamit tanganku supaya duduk disebelahnya disofa.
"Kalau Deera tak bangun macam mana? Abang tak makanlah sampai bila-bila?"
"Why are you talking like that?"
"Maksud Deera... kalau Deera tak bangun malam ni. Tapi bangun esok. Abang ni fikir apa?"
Aku dapat nampak wajahnya yang kepenatan. Mungkin belum rehat dari tadi. Pilu rasa hati melihat keadaannya begini. Aku sebak rambut hitam pekat yang menutupi sebahagian dahinya.
"Tak ada apa," laju dia menidakkan.
"Abang nampak serabut. Abang ada masalah ke? Tak nak cerita dengan Deera? Atau abang penat? Nak tidur?"
Aku mula tak sedap hati bila Edward pegang mukaku. Seluruh wajahku ditiliknya. Aku jadi tak keruan. Dia marahkan aku ke?
"Are you okay?"
Terlalu menyerlah ke yang aku tak baik-baik saja sekarang ini? Rahsia aku dah terbongkar ke? Sebab itu dia nampak serabut dan sedih sekarang ini?
Berbeza dengan sebelum pulang tadi, wajahnya hanya tenang. Tetapi sekarang, aku tahu dia fikirkan sesuatu.
"Kenapa abang ingat Deera tak okey?"
"You look different lately. I want to believe that everything happened because you are tired. But you expression says otherwise."
Berkerut keningku. Aku dapat meneka apa yang cuba dikatakan Edward.
"You look sick. Deera sakit ke? Abang jumpa ubat dalam handbag sayang. Bukan ubat sakit kepala biasa. Boleh sayang jujur dengan abang? I don't want to be a useless husband for not knowing your condition."
Terasa perit liur. Tubuhku sedikit mengeras. Edward perkemaskan lagi pegangan dia dipinggangku. Merapatkan lagi jarak antara kami. Bila aku seolah-olah ingin mengelak daripadanya, dia angkat tubuhku dan duduk di atas pehanya.
Kini jarak kami sangat dekat sehingga membuatkan wajahku bertukar tona. Aku dah tak dapat lari.
"Kalau Deera sakit, will you stay with me or leave me?" soalku.
Dulu, kami berkahwin pun atas aturan orang tua. Tanpa rasa cinta. Jadi aku kurang yakin yang Edward betul-betul ikhlas dengan perasaan dan tingkah lakunya terhadapku.
Mengingatkan hakikat itu, aku jadi takut!
"Apa Deera cakap ni? Of course abang akan stay dengan Deera sampai Deera sihat." Sedikit keras nada suaranya.
"Walaupun Deera tak mampu sembuh? Walaupun Deera tak dapat bahagiakan abang? Walaupun Deera tak dapat beri apa yang selayaknya seorang suami dapat daripada seorang isteri?"
Perkara yang paling aku takuti adalah kehilangan dia. Tapi, sekarang berbeza. Aku takut aku tak mampu bahagiakan dia. Jadi isteri yang baik untuk dia.
Edward tarik aku ke dalam pelukannya. Tubuhnya terasa hangat. Dapatku rasakan degupan jantungnya yang sedikit laju.
"I love you... I love you with all of my heart. I don't know when it starts. But my feelings for you are indescribable. You make me love you. Damn! Thinking of losing you hurt me so bad, sayang."
Boleh tak aku nak menangis?
Aku terkelu mendengar pengakuan itu. Edward... cintakan aku? Adakah aku juga cintakan dia? Aku tak pernah ungkapkan kata cinta padanya. Aku sendiri pun tak pasti dengan perasaanku.
Yang pasti, setiap hari aku menantikan kehadirannya. Bila aku pergi kelas, aku selalu rindukan dia. Walaupun balik nanti akan berjumpa. Tetap aku rindukan dia.
Saat ini, aku masih tak mampu membalas ungkapan cinta dia.
Aku senyum, "Terima kasih, abang."
HARI ini seperti yang aku janjikan semalam. Aku pergi ke hospital. Tapi kali ini tak berseorangan. Edward ada bersama menemaniku. Aku tak berniat untuk merahsiakan penyakit ini daripada dia sebenarnya.
Bila dia dah terlebih dahulu dapat membaca perubahan pada diriku. Rasanya tak sanggup lagi untuk aku berpura-pura.
Aku genggam tangan Edward sambil berjalan ke bangunan neurologi. "Abang dah ready?"
Dia angguk dan memperkemaskan lagi pegangan ditanganku. Sebelah tangannya lagi memegang bahu aku.
Aku melakukan hal yang sama seperti kali pertama aku datang. Cumanya aku tak buat pemeriksaan untuk tinggi dan berat kerana dah tahu jawapannya. Rasanya tinggi aku tak adalah bertambah atau berkurang dan berat juga rasanya masih sama.
"Abang takkan marah Deera, kan? Sebab sorok perkara ni dari abang?" Waktu itu kami sedang duduk disalah satu kerusi yang ada dihospital. Menunggu giliran namaku dipanggil.
Memandangkan aku datang bukan pada hari appointment, jadi aku harus menunggu agak lama seperti pesakit yang lain.
"Kenapa abang nak marah? It's not your fault. Jangan risaulah."
Dia tersenyum manis. Aku juga sama sehingga nampak lekuk dikedua-dua belah pipi. Edward yang melihat itu lantas mencubit pipiku. Katanya dah lama tak nampak aku senyum comel macam itu di depannya. Selalunya aku senyum tipis dan tak menampakkan lesung pipit.
Beberapa minit kemudian, kedengaran namaku dipanggil.
"Abang sebelum tu Deera nak bagitahu yang doktor Deera, Atif. Yang kita jumpa dekat supermarket hari tu."
Aku tak nak dia terkejut dan salah sangka dengan Atif. Aku tahu Edward tak ada menunjukkan sebarang reaksi. Tapi dia juga tahu Atif ialah bekas teman lelakiku dulu. Jadi aku tak nak dia rasa aku lebihkan lelaki lain berbanding suami sendiri.
"Oh, that guy is everywhere. Is he your friend you said you wanna meet up here?" Sebelah keningnya terangkat. Dia tak marah. Cuma bertanya.
Dia ingat lagi?
Perlahan-lahan aku angguk. "Abang marah?"
"No, sayang. Stop thinking I am mad at you or I'll go for real. Dah jom masuk!"
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...