PAGI yang tenang itu aku sangkakan berkekalan hingga ke petang. Tapi tidak bila waktu aku dan Edward sedang menikmati sarapan pagi. Kami didatangi tetamu yang tak diundang. Tetamu yang buatkan aku tak balik ke rumah semalam.
Ya. Sarah datang. Entah apa tujuan dia kemari pun aku tak tahu.
Edward jangan cakaplah. Muka dia dah biru bila mata kami bertemu. Aku tak ada cakap apa-apa pun lagi. Aku jemput Sarah masuk ke dalam. Tak mungkin lah aku nak halau tetamu pula, kan? Selagi kedatangan dia tak memudaratkan, apa salahnya.
Tapi kali ini mungkin aku silap.
"Hai, Adeera. You rupanya yang bukakan pintu."
"You buat apa datang sini? Macam mana you tahu rumah I? Our business is over! Lebih baik you balik sekarang. I order you!" Belum sempat aku nak berbalas hai dengan Sarah, Edward terlebih dahulu mencelah. Aku tak berani nak potong kata-katanya. Sudahnya aku cuma diam memerhati dan mendengar perbualan mereka. Dia ini tak nak aku pergi dari sini ke? Aku dibenarkan untuk dengar perbualan ini?
"Over? Since when, Edward? You tak pernah cakap pun yang kita break? Disebabkan kemalangan tu kita terpisah. Well, you ingat I dah tak ada."
"Hari kejadian tu, since you put something in my drink! Since you forced me to signed on that paper! We're over!"
"Since that? No... you salah faham. You tak ingat apa-apa. Bukan I yang letak. Sumpah I tak tahu apa-apa pasal tu!" Sarah simpulkan tiga jarinya dan di angkat separas bahu, bersumpah. Daripada apa yang aku dapat tafsirkan, Sarah betul-betul tak tahu apa-apa. Tapi aku mana tahu, aku pun tak ingat diri aku sendiri. Apatah lagi nak ingat dan baca raut wajah seseorang yang tak sampai sebulan aku jumpa.
"Stop pretending, Sarah. I knew everything."
Dah kantoi semuanya hari kemalangan itu, masih nak berdalih lagi? Apa pula rancangan perempuan ini kali ini? Oh, ya. Tentang surat yang menyatakan segala harta Edward akan jatuh ke tangan perempuan itu telahpun dihapuskan oleh pemandu Edward.
Nasib baiklah jumpa.
"I ada bawa something untuk you, Edward. Maybe I boleh tunjuk juga dekat wife you macam mana hubungan kita dulu."
Mendengarkan itu, terus meluas mata biru kekelabuan Edward. Aku pula dah terpinga-pinga dekat depan pintu besar ini. Apa yang Sarah nak tunjuk pada aku? Entah-entah mereka...
"Jangan fikir bukan-bukan, Adeera. It's not like what you're thinking right now. Stop thinking wild."
"You mesti nak tengok kan, Adeera? I boleh tunjuk dekat you. Mesti you suka." Sarah tunduk dan buka beg tangannya. Satu sampul surat berwarna putih dikeluarkan. Agak tebal. Nampak macam gambar. Entahlah. Dia pegang sampul surat itu dengan kedua tangannya dan mendekati aku dengan satu senyuman sinis.
Sukar untuk aku tafsirkan pergerakan dia yang seterusnya.
Tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Sarah sebab aku memang tak kenal Sarah macam mana. Aku cuma berlagak biasa dan tak berganjak. Memandangkan dia perempuan dan aku halal untuk pegang dia, jadi tak kisah sangat. Aku cuma biarkan bila tangan dia memegang lenganku.
Agak janggal. Aku pandang Edward di sisi dengan pandangan 'Tolong saya!'
Edward faham akan ketidakselesaanku, dia tarik Sarah daripada terus menempel dengan aku. Diheret Sarah ke satu tempat yang aku pun tak tahu di mana. Mungkin dibilik kerja Edward? Tapi mereka cuma berbual dibawah.
Ah, malaslah aku nak ambil tahu. Bukan urusan aku.
Aku kira sarapan pagi kami selesai lah.
Terus aku kemas meja makan. Hati aku sakit juga bila nampak Edward pegang tangan Sarah. Rasa macam nak menangis pun ada.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...