EDWARD cuma diam setelah tahu aku sakit perut disebabkan senggugut. Dia cuma harap aku akan baik-baik saja.
Lama juga dia di rumah aku, hampir sejam. Tak bercakap apa pun. Cuma teman aku. Sibuk betul, orang nak rehat dengan tenang pun tak boleh!
Aku pun tak cakap apa. Cuma sesekali menghalau Edward pulang. Tak selesa dengan kehadiran dia dan aku ingin menyambung rehatku yang terganggu. Tapi Edward cuma diam membatu. Dia kata nak review kertas kerja yang akan dibentangkan di mesyuarat pada jam 3 petang nanti.
"Awak, baliklah. Saya dah tak larat ini."
Dahi aku dah berpeluh-peluh saat ini. Pandanganku sedikit kabur. Kenapa lah senggugut kali ini teruk sangat? Tak pernah lagi aku rasa macam ini.
"Aku rasa malas nak masuk kerja lah. Aku nak stay sini." Dia mula berbaring di gazebo itu sambil memejamkan mata cantiknya.
"Eh, awak nak buat apa?" Aku dah mula gelabah.
"Sleep..."
"Hah? Jangan lah tidur dekat sini. Awak pergi lah kerja. Ha kalau nak tidur pun, pergi tidur dalam kereta. Dekat sini panas lah. Bukan ke awak ada meeting sekejap lagi? Kenapa awak tak nak pergi pulak? Takpe ke awak tak masuk kerja?"
Aku dah berkira-kira nak cuit dia. Macam rumah sendiri saja dia buat. Ini kalau Adam ke Kak Nadia balik, tak ke haru dibuatnya?
"Should I sleep inside then? Ehem... aku bos so, it's okay to come anytime or not coming at all. Nobody cares. Why? Because I pay them."
Aku mencebik. Cis. Mentang-mentang lah bos nak berlagak pula. Suka hati lah kalau tak nak pergi kerja sekalipun, tapi jangan lah lepak sini! Tolonglah balik. Aku nak menangis dah ini.
"No! Awak tolonglah, saya merayu ni. Saya tak ada mood lah nak layan awak. I need to rest!" Keras aku bersuara.
"Jadi, tak perlu lah layan. Aku tak kacau kau pun!"
"Awak..." Aku dah separuh merayu. Ada getaran di suaraku itu. Edward membuka mata dia dan mengiring menghadapku dengan kepala berlapikkan lengan sasanya.
"I'm just worried if something happen to you. Look, there's nobody at home! What if you faint? Who will notice then, huh?"
"Kalau jadi apa-apa saya tunggu je lah bantuan sampai. Lagi beberapa jam abang saya balik lah. Awak tak perlu risaukan saya pun. Kenapa awak nak risaukan saya?"
Aku tak pandang Edward. Sebaliknya hanya memandang rumput yang layu di tanah rumah Adam ini.
"Hmm, okay. If that so. I will go. But if anything happen... please, please, please tell me." Aku cuma diam sambil tangan menghalau-halau dia.
Edward bangun dan memakai cermin mata hitam. Kot bajunya dikemaskan. Akhirnya pulang juga. Punyalah penat aku pujuk dengan tenaga dah hujung-hujungnya. Rasa nak pengsan duduk lama-lama. Kalau pengsan ini memang salah dia lah.
"Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi."
Dengan penuh karisma, dia meloloskan diri ke dalam Audi R8nya. Aku perasan dia tunggu sampai aku masuk dalam rumah.
Lemah lutut dia tengok aku pucat dan tak bermaya agaknya.
Baru separuh perjalanan, terasa duniaku berpusing. Aku pegang kepala yang kian memberat. Aku rebah ke lantai. Pandanganku samar-samar dan beberapa saat selepas itu, terasa seluruh dunia gelap.
Edward yang tengok aku dah tak sedarkan diri pantas mendapatkan aku.
"Adeera... Adeeraaa! Heyy, what's wrong?"
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...