DULANG berisi air teh ditatang penuh cermat ke meja bulat di halaman rumah. Punggung dilabuhkan pada kerusi aluminium bercorak ukiran kayu. Bunyi air terjun dari air kolam buatan dan kicauan burung, mendamaikan lagi suasana pada petang hari.
"Awak dah bagitahu dekat anak kita ke ibu, tentang rancangan awak nak kahwinkan dia dengan anak Brian?"
Surat khabar dilipat sebelum diletakkan di tepi. Cawan kaca berisi air teh disisip perlahan. Hangat.
"Dah, Deera terkejut. Dia tak setuju, yah." Wajah Encik Amir dipandang redup. Mata wanita berusia itu jelas terpancar kesedihan.
"Anak Brian macam mana pula? Dia setuju?"
"Aliya cakap, anak dia setuju aje. Nampak gaya macam suka dekat Adeera." Tak sangka pula Puan Masyitah, Edward akan bersetuju. Padahal, Adeera dan Edward itu tak pernah kenal antara satu sama lain. Yang berkawan baik cuma Puan Masyitah dan Puan Aliya saja.
"Hmm... anak awak tu memang lawa. Orang yang pertama kali jumpa dia pun boleh jatuh hati." Encik Amir mengangguk dua kali. Bibirnya mengukir senyuman.
"Eh, anak saya je ke? Bukan anak awak?" Puan Masyitah menjeling tajam suami yang duduk bertentangan dengannya itu. Lengan baju dah disingsing hingga ke siku. Geram dengan encik suami, kalau ada apa-apa mesti cakap Adeera itu anak dia seorang.
"Mestilah anak kesayangan intan payung berlian permata saya," terkekeh ketawa Encik Amir. Seronok dapat kenakan isteri. Merah mukanya menahan geram.
"Ish, ayah ni! Orang tengah serius boleh pula dia bergurau. Tak kelakar ye, ayahnya!" Satu tamparan halus hinggap di lengan Encik Amir. Pantas tangan tua itu mengusap lengan yang terasa bisa.
"Iyelah, saya pun serius juga."
"Apa pun jadi, saya nak juga Adeera kahwin dengan anak Aliya."
"Awak bagitahu lah dia elok-elok, hati dia tu boleh je terima kalau betul gayanya."
Encik Amir memberitahu hakikat puteri bongsu mereka. Betul. Adeera seorang anak yang mendengar kata. Biarpun dia tak mahu, tetap dia turuti juga segala kemahuan Puan Masyitah.
"Lepas Adeera habis belajar okey kan, kalau kita nak satukan dia orang?" Tak sabar Puan Masyitah mahu berbesan dengan kawan baiknya. Dah lama dia mengimpikan momen seperti ini terjadi.
"Eh awak ni. Mana tak terkejut budak tu! Dia pergi bercuti nak tenangkan fikiran, awak lagi serabutkan fikiran dia."
Geleng kepala mendengar rancangan Puan Masyitah itu. Itu lah perempuan, tak sabar. Bukannya lari pun anak Brian itu.
"Saya bukan apa, yah. Ibu cuma nak yang terbaik je untuk jaga anak kita. Ibu bukannya muda lagi. Ibu takut tak sempat tengok Deera bahagia."
Tubir mata yang tak basah itu dilap. Saja buat drama air mata. Tapi, memang betul pun. Mereka dah tua, Adeera paling bongsu. Nak juga Puan Masyitah tengok anak kecilnya mendirikan rumah tangga, dan beri dia cucu.
"Ayah tua 10 tahun dari ibu."
Encik Amir hanya menggelengkan kepala melihat telatah Puan Masyitah. Memang begitulah perangai Puan Masyitah, setiap kali nak Adeera dengar permintaannya jika tak berkesan.
AWAL pagi lagi aku dah terjaga, sejak akhir-akhir ini kerap kali senggugut datang menyerang diri semasa datang bulan.
Selama ini, aku tak pernah ada senggugut, baru tahun ini ada. Sakitnya, bukan kepalang.
"Kak Nadia, ada tak minyak angin?" Aku mendekati Kak Nadia yang sedang duduk sarapan bersama Adam dan Ziyad di dapur.
"Eh, Deera kenapa pucat sangat ni? Tak sihat ke? Kita pergi klinik jom!" Terkejut Kak Nadia dengan kemunculan aku yang berwajah pucat dan berjalan terbongkok-bongkok ke arah mereka. Dipimpin tangan aku mendekati meja makan.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...