HARI ini aku dimasukkan ke hospital. Berbaki dua hari saja lagi sebelum pembedahan membuang ketumbuhan di otakku berjalan. Gementar. Takut. Semua ada.
Aku diletakkan diwad vip.
Tak terkejut sebab masa di London dulu pun Edward letakkan aku dibilik vip juga. Cuma di sini tak semewah di sana. Aku tak kisah pun janji ada privasi. Sebenarnya kalau dapat wad biasa pun aku tak kisah juga. Edward yang kisah.
Dia tak nak aku kena pakai tudung dan menutup aurat sepanjang masa. Sekurang-kurangnya aku bebas buat apa saja diruangan ini.
"Abang..."
Aku pandang Edward disebelah. Dia duduk satu katil denganku. Sepanjang dua hari ini, dia akan menemaniku. Siapa lagi kalau bukan dia? Suami aku kan?
"Ye."
"Abang tak cerita habis lagi pasal Sarah. Deera nak tahu." Dapatku rasakan tubuh Edward sedikit mengeras. Dia pandang aku dalam-dalam. Aku kelip-kelipkan mata hitamku beberapa kali sebelum dia lepaskan keluhan.
"Are you sure you want to know the rest?"
Aku angguk. "Abang dah janji nak bagitahu lepas kita kahwin."
"Fine! Hm, where do I stop the other day?" Dia betulkan posisi baringnya supaya lebih selesa. Aku ditarik kemas-kemas ke dalam pelukannya. Bedtime story!
"Abang cakap Sarah tu kawan biasa abang aje. Korang belajar dekat Columbia University, New York. Mula-mula dia cantik dan baik. Abang suka semuanya pasal dia sampai abang sanggup berkorban untuk dia. Without you knowing she actually had a motive towards you, nak rampas harta abang. Lepastu bersambung..."
"Seriously... you remember every single words I told you?" Dia kagum. Juga wajahnya menggambarkan seperti, 'tak perlu nak teruja sangat nanti aku yang terluka.'
"Cepatlah sambung!"
"Alright, sayang! Hmm... abang ada bagitahu ke macam mana abang boleh kawan dengan Hadi?"
"Bukan dari abang. Deera dengar daripada Hadi." Aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. "Good."
"Before that. Disclaimer, nanti jangan nak marah abang pula! Ini semua masa lalu abang. Sekarang abang dah berubah and I have you now." Sebagai tanda maaf dan sejukkan hati aku yang belum panas ini, dia berikan kucupan didahiku berkali-kali. Aku hanya anggukkan kepala sebagai jawapan.
"Dulu abang sosial. Well, I live in New York during that time obviously for study. But, believe me I did not do something bad. At least, it's not that bad as you may think like taking drugs, clubbing or sleep with girls. Alhamdulillah, abang tak buat semua tu. Tapi, abang jenis layan perempuan juga. Selalu tukar-tukar girlfriend untuk mengisi kekosongan jiwa pada masa tu. Pegang tangan dan berpelukan itu perkara biasa."
Aku faham. Itu perkara yang dia selalu buat dulu. Tak jaga batas lelaki dan perempuan.
"Thank God, abang tak kiss mulut dia orang. Mereka aje yang suka nak kiss abang. I always avoid but they got my other parts of my face such as cheeks, jaw, neck and even chest..."
Edward berhenti seketika dan tunduk melihat wajahku. "What?"
Aku blur. Kenapa dia nak kena tengok aku pula sekarang ini? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka aku? Aku sapu-sapu muka. Manalah tahu ada bedak tak rata ke, ada bulu mata jatuh ke?
Dia ketawa. "Tak ada apa dekat muka Deera. Abang saja nak tengok, Deera okey ke dengar cerita abang ni?"
"Kenapa tak okey pula? Abang dah cakap disclaimer tadi."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...