"ABANG, do you remember our first met?"
"Of course lah. Masa tu abang baru balik meeting. Nak lunch. Tiba-tiba ada pula budak kecik ni cium dada abang. Kuat pula tu."
Terus tergelak aku dibuatnya.
"Ish, abang ni! Masa tu Deera pun lapar lah. Excited lah nak makan."
"Yelah. Jalan tengok lantai je pula tu. Baik tengok abang. Lagi hensem bergaya waktu tu. Dekat lantai ada apa, sayang?"
"Kalau Deera tengok nanti abang cakap Deera gatal pula! Dah lah stranger."
Aku suap makanan dalam mulut. Sekarang ini, aku yang terlebih-lebih makan. Nampak lah aku ini lapar sangat.
"And Deera jual mahal tak nak terima pertolongan abang."
"Mana boleh pegang. Masa tu abang haram bagi Deera."
Terus besar biji mata Edward yang dari tadi redup pandangannya merenungku. Dia silang tangan di dada. Aku hampir tercekik tengok renungan dia yang dah lain macam itu.
"Excuse me?"
"Betul lah. Masa tu tak kahwin lagi. Belum halal lah. Sekarang dah halal. Dah boleh buat lebih dari pegang tangan abang."
"Ooh. So, boleh lah ni abang mintak junior abang, kan?"
Itu lah. Aku main cakap melulu saja tanpa fikir apa yang akan jadi. Tengok sekarang Edward minta anak pula dah. Isu ini tak pernah dibangkitkan sama sekali ya.
Aku anggap dia hormat aku kerana usiaku yang masih mentah. Tapi, dulu kami pernah...
Bila ingatkan itu. Terus terbeliak biji mata. Tanganku dah menutup mulut yang melopong. Edward terus bangun berdiri di sebelahku. Kedua bahuku dipegang.
"Abang..."
"Kenapa, Deera? Bagitahu abang, kenapa ni?"
"Deera..."
"Ya Allah, kenapa? Cepatlah cakap? Sayang sakit ke? Jom kita pergi hospital cepat!" Tak semena-mena aku kena dukung lagi.
Terus aku geleng kepala.
"Bukan. De... Deera pelik."
"Pelik? Why? Okey aje abang tengok. Comel aje ni."
"Dulu kan ki... kita pernah."
"Ye, pernah apa tu?"
"Deera baru perasan, Deera tak mengandung pun lepas tu."
"Ya Allah budak ini. Punyalah abang cuak ingatkan sakit dekat mana-mana ke? Dia nak cakap dia tak mengandung je lepas tu. Habis tu nak abang buat apa?"
"Tak ada apa. Baru teringat je. Hehe. Dah lah jom sambung makan. Abang nak hadiah apa? Deera tak sempat beli apa-apa lagi."
Mata bulatku bertukar comel menanyakan dia soalan itu. Niat nak ubah topik lah. Topik pasal tadi itu sungguh janggal bagiku.
"No need present. Sayang dah cukup untuk abang."
"Betul-betul lah, abang. Deera tengah offer ni. Nanti kalau Deera dah tukar topik, abang tak boleh minta apa-apa dah. Jangan menyesal pula masa tu, ye?"
Aku teruskan makan. Tinggal lagi sikit saja makanannya. Lama juga kami di atas ini. Betul-betul hanya ada kami saja di situ. Memang sesuai nak dating dekat rumah.
Sejujurnya memang kebiasaan hanya ada aku dan mama saja di rumah besar ini. Orang lain semua ada urusan masing-masing. Tinggal kami yang suri rumah ini sajalah mereput dekat rumah.
Bosan juga kadang-kadang memandangkan kejadian tempoh hari, aku jadi takut nak keluar rumah sendirian lagi.
"Kalau abang minta ni maksudnya sayang kena tunaikan, tau? Dosa kalau tak tunaikan. Abang kempunan gila dah ni."
Gulp. Aku telan liur.
Takut pula aku dibuatnya. Dia nak apa ini? Dahi aku yang tadi tenang kini dah berkerut.
"Tapi... sayang dah ready ke?"
"Hah, ready? Ready apa?" Aku serius blur tahap langit ke tujuh.
"Abang tunggu Deera habis makan dulu. Makan lah dulu sampai habis, okey?"
CEPAT-cepat aku habiskan makanan. Tak sabar punya pasal. Edward macam biasa dah habis makan dulu dari aku. Dia dengan sabar menunggu aku habiskan suapan terakhir sambil menongkat dagu.
"Dah habis makan."
"Minum air dulu, Deera."
"Okey, dah minum. Cepatlah cakap abang nak apa?"
Tak tahu apa yang dia nak. Tapi, lepas aku mendesak bibirnya tersenyum sinis. Aih, lain macam ini.
"Abang tak nak hadiah."
"Habis tu nak apa? Tadi cakap kempunan sangat? Kalau abang nak sangat Deera boleh bagi."
Edward didepanku naik merah muka menahan tawa. Dia bangun dan dukung aku. Kami sama-sama menuju bilik tidur.
"Meja makan tu siapa nak kemas?"
"Tak apa. Nanti abang kemas."
"Abang, tak eloklah biar lama-lama dekat situ. Nanti kering. Susah nak cuci lah."
"Tak apa nanti abang rendam dulu. Apa susah? Yang Deera susah hati sangat ni kenapa?"
Langkahnya terhenti. Aku juga turut memandang dia. Edward memperkemaskan lagi pegangannya ditubuhku.
"Deera nak senang je. Kalau biar nanti susah nak cuci. Itu je."
"It's okay, baby girl. Jom tunaikan abang punya permintaan."
"Sekejap. Permintaan apa yang abang nak ni?"
Sebaik saja tiba di bilik. Perlahan-lahan Edward letakkan aku di atas katil kemudian dia ke pintu bilik semula untuk mengunci pintu.
"Ab... abang... kenapa kunci pintu tu?" Perlahan saja suaraku. Bulu roma semua dah tegak dah ini.
"Saja."
Aku dah cuak bila dia buka satu per satu bajunya di depan aku. Riak wajahnya jelas miang. Ya Allah, ini ke hadiah yang dia nak? Tidak!
"No!"
Tiba-tiba aku menjerit. Edward berhenti dari membuka butang baju kemejanya.
"Sayang berdosa tau kalau tolak tanpa alasan. Tak nak pahala ke?"
"Ka... kaki saya sakit! Haa, Deera masih tak sihat."
Jawapan paling selamat setakat ini. Aku dengar Edward hela nafas berat. Rasa serba salah lah pula. Berdosa ke aku sekarang ini?
Edward naik ke atas katil. Aku tak menunjukkan sebarang reaksi yang aku akan lari dari dia. Dah tiba masanya ke?
"Sayang, can I? Please?"
"Deera dah tak cantik macam dulu. My body full of scars. Abang pun tahu. Deera isteri yang tak sempurna untuk abang. Deera cacat."
"Shhh. Stop downgrading yourself. Abang dah nampak semua scars on your body. Remember? I'm the one who take care of you since day one. I don't mind. Marriage is not all about that, sayang."
"Kalau abang nak cari yang sempurna. Boleh je abang pergi keluar dan cari. Ramai je yang lawa dan seksi gila dekat luar tu. Tapi abang still choose you over them. Why? I don't know why but... my heart still beats so fast when I'm with you. You make me crazy."
Tangan dia naik ke kepalaku yang tersarung shawl. Satu persatu jarum peniti di kepalaku dicabut.
Edward tak tipu dengan tindakan dia melayan aku. Semuanya sempurna. Sentuhan dia menenangkan. Dia sangat berlemah lembut denganku. Entah kenapa aku menangis waktu ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...