𝓑𝓪𝓫 5

3.5K 129 0
                                    

"DAH jom!"

Edward bangun. Kotnya dibutang. Dah malam pun pakai sut lagi? Biasalah CEO.

"Nak pergi mana?" Aku mendongak memandang Edward yang dah berdiri. Dia jongket bahu dan sebelah tangan berada dalam kocek seluar.

"Nanti kau tahu lah."

"Perlu ke saya ikut cakap awak? Mana tahu awak nak culik saya ke?" Aku teragak-agak.

Edward tunduk menghadap aku. Tangan diletakkan di kiri dan kananku. Aku terkepung di dalam ruangan yang dia cipta. Jarak antara kami cuma beberapa inci saja.

"You have no choice but to come with me. Girls and her thoughts always nonsense! Kalau aku nak culik kau, awal-awal lagi aku dah angkat kau masuk dalam kereta. Mengarut betul."

Mata aku meluas akibat terkejut, geram pun ada. Cepat-cepat aku larikan pandangan daripada menatap wajahnya. Dia nak buat apa ini? Takkan nak cium aku pula? Janganlah, Ya Allah. Aku dah tak mampu nak berfikir dengan waras saat ini.

"Ja... janganlah dekat sangat, awak. Sa... saya tak selesa lah!" gagap terus aku dibuatnya. Terasa kurang oksigen untukku bernafas bebas.

"Kau belum bayar hutang aku lagi. Jadi, kau kena dengar cakap aku."

Badannya ditegakkan semula. Tubuhku automatik mengeras. Mata aku terbeliak, nasib tak terjojol keluar dari kelopak mata.

Alamak, dia ingat lah!

"Awak tak akan apa-apakan saya, kan?"

Aku masih tak berapa nak percaya dengan kata-kata Edward. Baru jumpa tiga kali dah ajak aku ikut dia. Orang yang waras mesti berfikir dua hingga tiga kali sebelum bersetuju dengan pelawaan ini. Aku memandang sekeliling kawasan. Mana lah tahu ada ramai lagi pengikut dia yang dah standby.

Edward ketawa mendengarnya.

"Like I said just now, kalau aku nak apa-apakan kau, awal-awal lagi aku dah buat. Kau tu small je. Easy."

Senyuman sinis terlakar dibibirnya. Dia pandang aku atas bawah kemudian kaki diayun menuju kereta yang diparkir di tepi jalan.

Aku dah terpinga-pinga. Aku berlari kecil mengejar langkah besar Edward yang dah jauh dari situ. Maklumlah, pendek haruslah berlari sedikit.

"Come in."

Lambat-lambat aku masuk. Itu pun selepas Edward ugut nak angkat aku kalau tak nak masuk. Okay, fine! Ingat aku nak sangat ke naik kereta dia ini? Aku perlu berhati-hati ya! Risau juga termasuk dalam mulut buaya!

Masa itu nak menyesal pun tak guna.

"Wear your seatbelts. Ke nak aku pakaikan juga?" Dia mengarahkan aku untuk pakai tali pinggang keledar setelah dia duduk di tempat pemandu. Dah berkira-kira untuk bergerak ke arahku.

"No! Tak apa! Saya buat sendiri." Fuh! Risau. Cepat-cepat aku pakai tali pinggang. Kalau dia yang pakaikan tak ke boleh mati tak cukup oksigen aku nanti?

"Kau datang sini dengan siapa?"

Edward cuba berbicara denganku bila aku hanya diam membatu. Aku toleh ke arah dia yang sedang fokus memandu. Rambutnya yang menutup sedikit bahagian dahi itu dibiarkan.

Penampilan Edward tak terlalu rapi seperti yang aku nampak di galeri dan di kafe tempoh hari. Santai gaya orang balik kerja.

"Sorang je." Dia toleh ke kanan sekilas. Di sini bawa kereta di sebelah kiri. Jadi, dia pandang aku kena toleh ke kanan.

"Oh, then let's have a date with me." Selamba dia pelawa. Aku di sebelah dah terkejut beruk.

"Gila ke?"

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now