"YA ALLAH, Adeera!" Adam berlari mendapatkan aku yang sedang baring mengiring. Dibelek badan adiknya yang sedang meringkuk itu.
"Kau kenapa tak jawab call aku? Banyak kali aku telefon tau!"
Kiri dan kanan pipiku dipegang. Wajah adik bongsunya masih pucat, namun sudah ada seri sedikit.
"Telefon aku tinggal dalam rumah."
"Siapa lelaki yang jawab call aku tadi?"
Setahu Adam, tadi yang jawab telefon itu lelaki. Tapi, sekarang cuma ada Adeera seorang saja di bilik mewah ini. Tak mungkin doktor. Dah balik ke?
"Oh, Edward."
Aku garu kepala yang tak gatal. Mesti Adam bahan aku nanti. Hari itu bukan main lagi aku menangis merajuk kata tak suka, tapi akhirnya tertangkap Edward yang membawa aku ke hospital.
"Edward? Calon suami kau itu ke?" Bulat mata Adam, dia menutup mulut yang terlopong besar dengan sebelah tangan. Kemudian, Adam tersengih miang.
Dia dekatkan badan menghampiri aku. Tengok lah, dah mula dah.
"Ermm..." Aku angguk.
"Ceritalah how you guys met..." Adam dah menjongket-jongketkan kening. Rimas betul. Aku tepis muka dia yang begitu hampir dengan aku. Ini kalau tangan aku tak ada jarum, lagi kuat kena tepis.
"Terjumpa. Begitulah ceritanya."
"Tak best lah kau ni, dik. Detail lagi lah. Takkan lah baru terjumpa. Mesti dah berkali-kali, kan kan kan? Ke korang ada apa-apa?"
"Tak ada maknanya. Aku dengan dia tak ada apa-apa. Semua aku terjumpa dia tanpa sengaja. Aku pun tak tahu macam mana boleh terserempak dengan dia banyak kali."
Aku yang berbaring itu dah duduk menegak.
"Tapi kan, macam mana kau boleh pengsan? Kau tak pernah pengsan pun sebelum ini? Kau pengsan dekat mana? Nasib baiklah Edward yang jumpa kau. Buatnya kalau orang lain yang jumpa kau, tak ke naya adik aku seorang ini?"
Tadi elok saja Adam tenang berbual dengan aku. Sekarang ini dia pula yang terlebih panik macam baru pertama kali dengar aku pengsan. Eh, tapi memang pertama kali pun. Gaya Adam tak kurang cemasnya macam seorang suami ketika isteri nak bersalin.
"Mana lah aku tahu, dah nak pengsan. Tak ada pula pengsan itu bagitahu aku bila dia nak beraksi. Itu lah nasib baik Edward ada. Kalau tak dah tenggelam aku kena hujan depan rumah kau."
Walaupun macam tak ada kaitan sangat dengan Edward tapi aku paling bersyukur sebab dia ada dengan aku tadi. Sejurus saja aku dikejarkan ke hospital, Edward beritahu aku bahawa bumi London dibanjiri hujan yang lebat.
Kalau tak ada Edward, mungkin sekarang lain pula cerita aku di hospital ini.
"Sekejap, sekejap! Dia datang rumah aku? Buat apa? Something is fishy here."
Aku pusing mencari sesuatu di kawasan katil. Beg kertas aku ambil dan tunjuk kepada Adam. "Dia bagi ini. Lepas itu aku gone."
"Oohh. Dalam diam aje kau ini kan, adik? Cakap aje lah yang sebenarnya kau syok dekat dia, kan? Mana dia weh? Mesti hensem teruk sampaikan pengsan adik aku ini."
"See? You guys are destinied together! Cieee!" sambung Adam lagi. Aku julingkan mata ke atas.
Malas nak layan Si Adam ini, lebih baik tukar topik perbualan sebelum sampai ke mana-mana dia ajak bersembang nanti.
"Whatever. Ini Adam, kau ada bagitahu ibu ke?" Kalau Puan Masyitah dan Encik Amir tahu aku dimasukkan ke hospital ini, mahu sekarang juga mereka terbang ke sini.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...